Altimet Berhajat Meronda Setiap Jumaat . Ini yang dia rancang nak buat

Murninya usaha yang dilakukan oleh penyanyi dan komposer Altimet ini. Seperti mana kebanyakkan kebanyakkan rakan selebriti yang lain, Altimet juga tidak terkecuali turut menggerakkan usaha yang sama menerusi sumbangan barangan keperluan kepada mereka yang memerlukan Jumaat ini.

Antara kerja-kerja sosial yang dilakukan oleh Altimet sebelum ini.

Altimet Berhajat Meronda Setiap Hari Jumaat

Ternyata kempen Bendera Putih terus menarik perhatian ramai apabila pelbagai pihak tampil ke depan untuk membantu golongan terjejas akibat pandemik cov1d-19.

“Jumaat ini, saya dan seorang rakan akan meronda sekitar Kawasan Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa, Lembah Keramat dan Gombak mencari kibaran bendera putih.

“Tidak Perlu Malu”

 

“Kami akan tinggalkan barangan dapur di pagar atau depan rumah untuk yang memerlukan. Tidak perlu malu, kami tak mahu mengambil gambar dengan sesiapa. Kami pun tak mahu orang ambil gambar kami dan upload.

“Kamu jiran-jiran kami, celakalah kami kalau tak tolong jiran sendiri,” tulisnya di laman media sosial miliknya.

Pelawa Yang Ingin Turut Serta Misi Bantuan Ini

Penyanyi Amboi ini turut mempelawa mereka yang ingin turut serta dalam misi bantuan tersebut.

“InsyaAllah hajat kami meronda setiap hari Jumaat sehingga tiada satu pun bendera putih berkibaran.

“Untuk jiran-jiran lain yang ingin membantu, mohon salurkan dana ke akaun Maybank Mineralline Cosmetics: 564874006702. Akaun ini telah kami kosongkan untuk khas menerima dana bantuan sahaja,” tulisnya.

Rata-rata netizan menyambut baik usaha murni Altimet ini

“Alhamdulilah.. Bantuan yg Sgt2 terbaik pd masa dn keadaan.. Semoga Allah permudahakan bantuan ini kpd golongan yg memerlukan… Sesiapa pun kt luar sana atau sy sndri pun akan kibarkan atau gantungkan bju bewarna putih jika keadaan itu sgt mendesak.. Jgn malu.. Sbb yg memberi itu lebih baik dr yg menerima.. Yg menerima hanya berterima ksih lhdn berdoa utk k3sihatan dn kemudahan bantuan dr bendera putih. Insya Allah!!”

“Alhamdulillah….Org yg berhati bersih….memanfaatkan kempen angkat bendera putih…tuk berbagi rezeki….selain menambah pahala…inilah tindakan yg sewajarnya….seeloknya kita cari kebaikkan sblm menghukum…hanya Allah yg maha mengetahui…layakkah kita nk menghukum”

Bendera putih ‘selamatkan’ keluarga terputus bekalan

Kuala Lumpur: “Niat saya hanya mahu mendapatkan bantuan kerana langsung tiada pendapatan dan isteri pula memerlukan penjagaan rapi kerana menghidap kanser payu dara,” kata Abd Latif Abd Aziz, 61.

Abd Latiff berkata, dia membuat keputusan untuk memasang bendera putih di hadapan rumahnya di Lorong Raja Mahadi, Kampung Baru, di sini, Khamis lalu selepas dimaklumkan rakannya itu adalah tindakan bagi meminta bantuan.

“Sebelum ini, anak perempuan saya yang selalu memberikan wang untuk perbelanjaan saya dan isteri, Kamariah Ahmad, 61. Namun, anak yang bekerja di sebuah hotel juga berdepan masalah kewangan sejak tahun lalu selepas diminta bercuti tanpa gaji.

“Keadaan itu menyebabkan saya langsung tiada pendapatan dan hanya mengharapkan wang dari anak untuk perbelajaan harian untuk kelangsungan hidup bersama isteri. Apabila dimaklumkan mengenai bendera putih itu, saya membuat keputusan untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.

Katanya, dia bersyukur kerana ada pihak yang tampil untuk memberikan sumbangan selepas melihat bendera berkenaan.

“Selepas menerima bantuan daripada p0lis Daerah Dang Wangi, saya membuat keputusan untuk menanggalkan bendera berkenaan pada Jumaat lalu.

“Saya tidak mahu timbul isu apabila masih memasang bendera berkenaan walaupun sudah menerima bantuan. Buat masa ini, sudah cukup bantuan wang tunai RM250 serta barang keperluan seperti beras dan minyak masak yang dihulurkan pihak p0lis,” katanya.

BUSTAMI menurunkan bendera putih yang dipasangnya pada Khamis lalu selepas menerima sumbangan daripada IPD Dang Wangi. FOTO Aziah Azmee

Seorang lagi penduduk di Lorong Raja Mahadi, Bustami Tuasin, 68, berkata, dia yang bekerja sebagai pemandu bas sebelum ini kehil4ngan pendapatan sejak pandemik cov1d-19 melanda negara pada tahun lalu.

“Majikan mengarahkan saya berhenti kerja kerana sekolah ditutup ketika itu. Keadaan itu menyebabkan saya mencari pendapatan dengan menjadikan kereta sendiri sebagai kereta ‘sapu’ bagi penduduk sekitar.

“Namun, keadaan sekarang (sekatan pergerakan) menyebabkan saya tidak dapat meneruskan pekerjaan itu (memandu kereta sapu) sekali gus mengakibatkan saya tiada pendapatan.

“Salah seorang anak lelaki saya serta isterinya turut diberhentikan kerja dan kini tinggal bersama saya dan isteri,” katanya.

Beliau berkata, selepas dia memasang bendera putih di hadapan rumahnya pada Khamis lalu, ada anggota p0lis membuat rondaan di kawasan berkenaan bertanyakan mengenai perkara itu.

“Saya menjelaskan tujuan sebenar saya pasang bendera itu kepada anggota p0lis berkenaan dan tidak lama kemudian, dia menghubungi saya dan memaklumkan bahawa pihaknya mahu menghulurkan sumbangan.

“Saya amat bersyukur kerana ada pihak yang prihatin dengan nasib kami yang sedang dilanda k3susahan,” katanya.

JULIANA menurunkan bendera putih selepas menerima sumbangan daripada IPD Dang Wangi. FOTO Aziah Azmee

Bagi peniaga sambal tempe, Juliana Nordin, 45, dia tiada pilihan lain selain memasang bendera putih apabila lampin pakai buang ibunya berusia 85 tahun ketika itu hampir habis.

“Ketika itu, saya lihat lampin pakai buang ibu sudah tinggal satu. Duit yang ada pula tidak cukup untuk mendapatkan bekalan lampin berkenaan. Keadaan itu menyebabkan saya turut memasang bendera putih pada Khamis lalu bersama jiran untuk memberitahu bahawa kami memerlukan bantuan.

“Niat saya pasang bendera itu hanya untuk minta bantuan kerana saya sudah kehabisan cara untuk mendapatkan sumbangan dalam keadaan terdesak,” katanya.

Menurutnya, suaminya, Daud Shuib, 57, yang dulu peniaga sate sudah kehil4ngan pendapatan dan hanya bergantung kepada kerja tukang, namun pekerjaan itu tidak dapat dilakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selain ibu, kami juga perlu menyara tiga anak berusia antara enam hingga 15 tahun. Pada masa sama, perbelanjaan lain juga perlu dipertimbangkan seperti bil utiliti, sewa rumah serta barang keperluan ibu.

“Dengan adanya bantuan dihulurkan p0lis Daerah Dang Wangi itu, ia memberi kelegaan kepada saya untuk kelangsungan hidup buat masa ini,” katanya.

Sementara itu, wakil penduduk Kampung Sungai Emas Hujung Kota, Kuala Muda, Kedah, Norhanani Hasan, 28, berkata, kira-kira 11 keluarga di kampung berkenaan terjejas dan terpaksa mengibarkan bendera putih.

“Kebanyakan penduduk di sini bekerja sebagai nelayan namun sejak pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 1 Jun lalu hasil yang dinaikkan tidak dapat dijual.

“Peraih tidak dapat datang untuk mengambil hasil menyebabkan penduduk tidak memperoleh pendapatan harian, jika dulu mereka mempunyai pendapatan harian sebanyak RM50 hingga RM100 satu hari,” katanya ketika dihubung, hari ini.

Menurutnya, ada pihak yang datang membantu iaitu dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) namun bekalan diterima itu sudah habis.

“Bayangkan sejak 1 Jun tidak memperoleh sebarang pendapatan kira-kira sebulan lebih sudah penduduk kampung melalui hari-hari yang sukar buat mereka. Kebanyakkannya memerlukan bantuan makanan asasi seperti beras, susu dan lampin pakai buang,” katanya.

Sumber/Sumber Foto: Instagram Altimet

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : http://trendingsangat.pw/