SIMPATI nasib golongan susah, pelakon Azar Azmi terpanggil untuk menyertai misi Bantuan Khas Lockd.own 2.0 ke beberapa buah negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang bermula Selasa lalu.
Azar atau nama sebenarnya Siti Azar Ameerah Azmi berharap perkongsiannya merentas beberapa negeri tidak dipersoalkan berikutan misi bantuan khas yang disertainya itu di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan.
“Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 ini di bawah anjuran Istana Salatin Negeri Sembilan, YAM Tengku Tan Sri Azlan ibni Almarhum Sultan Abu Bakar. Bukannya saya saja nak bergerak ke sana sini tanpa kebenaran.
Azar bersyukur persediaan untuk misi bantuan berjalan dengan lancar.
“Setiap pergerakan kami pun diiringi kenderaan p0lis. Sebelum ini pun, saya ada join program bantuan untuk m4ngs4 ban.jir tahun lalu. Untuk misi ini, ada beberapa negeri yang kami akan pergi untuk menghantar bantuan.
“Macam semalam, kami pergi dalam tiga lokasi sekitar Selangor manakala Jumaat ini akan ke Negeri Sembilan dan Insya-Allah kami akan ke Pahang pada Sabtu, “katanya kepada mStar.
Pada Rabu, pelakon drama siri Der.ita Untuk Bahagia ini meluahkan rasa syukur apabila persediaan untuk Misi Bantuan Khas Lockdown 2.0 berjalan dengan lancar di laman Instagram miliknya.
Takut memang la ada sebab kita berdepan dengan v1rus tak nampak.
AZAR AZMI
PELAKON
Menerusi kapsyen di Instagram, Azar memberitahu dia dan semua pihak yang bertanggungjawab dalam misi itu mencuba sedaya upaya untuk menghantar bantuan kepada golongan yang memerlvk4n di beberapa negeri.
Dalam pada itu, Azar berkata dia juga menyumbang wang simpanannya selain membuka tabung bagi mengutip dana menerusi jualan produk kosmetiknya.
“Selain turun padang, saya juga ada menyumbangkan duit. Saya juga ada buka tabung bersama team saya. Setiap penjualan produk saya, RM1 akan dimasukkan dalam tabung misi itu.
Azar akui berasa bimbang sekiranya dij4ngk1ti c0v1d-19 ketika melaksanakan misi bantuan.
“Hasil duit yang dikumpul itu, saya akan beli barangan keperluan asas. Misi bantuan ini memberi kesedaran kepada saya… membuatkan saya lebih hargai apa yang saya ada sekarang, ” ujarnya.
Sementara itu, pelakon drama popular Nur 2 ini berkata, biarpun berasa bimbang dij4ngk1ti c0v1d-19 ketika melaksanakan misi itu, dia tetap mahu meneruskan kerja amal itu demi arw4h ibu bapanya.
“Takut memang la ada sebab kita berdepan dengan v1rus tak nampak. Tapi saya tawakal… tak fikir apa sebab saya pun tak ada apa nak kejar dalam dunia ini lagi.
“Walaupun berisiko tinggi tapi saya join misi ini pun untuk arw4h ibu bapa saya. Kalau terkena (j4ngk1tan), saya reda. Tapi, sepanjang misi ini memang kami lebih berjaga-jaga soal SOP, ” katanya.
View this post on Instagram
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Mstar