PENYANYI Ippo Hafiz berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila isterinya iaitu Fara Roslan kini h4mil tiga bulan.
View this post on Instagram
Ippo atau nama sebenarnya Muhammad Hafiz Yaziz, 31, bersyukur dikurniakan rezeki zuri4t selepas anak sulung mereka hampir mencecah usia setahun pada Ogos.
“Alhamdulillah… isteri saya kini sedang h4mil cahaya mata kedua dan kandungannya sudah mencecah tiga bulan. Buat masa sekarang dia tidak mengalami sebarang al4han.
Ippo turut berkongsi berita gembira di IG.
“Berharap dia sentiasa sihat saja sepanjang keh4milan kedua ini. Ikutkan masa anak pertama, dia alami al4han tervk ketika kandungan empat hingga lima bulan.
“Sebenarnya kami tak ada perancangan pun dalam soal anak sebab serah pada Allah yang beri rezeki dan kami terima, ” katanya kepada mStar.
Berbicara soal jantina, Ippo yang juga komposer berkata dia dan isteri tidak meletakkan harapan sama ada dikurniakan cahaya mata lelaki atau perempuan memandangkan mereka sudah mempunyai sepasang anak.
Tak kisah la bayi lelaki atau perempuan, janji sihat dan sempurna.
IPPO HAFIZ
PENYANYI
“Saya dan isteri tidak meletakkan sebarang harapan untuk jantina. Kami pun sudah ada anak lelaki dan perempuan. Tak kisah la bayi lelaki atau perempuan, janji sihat dan sempurna.
“Kalau diberikan rezeki anak lelaki, memang saya sudah ada nama dalam hati… perempuan pun sama. Doakan yang baik-baik untuk saya sekeluarga, ” ujarnya.
Untuk rekod, Ippo mendirikan rumah tangga dengan Fara pada 24 Ogos 2019 dan dikurniakan cahaya mata bernama Yusuf Zarin Nur yang lahir pada 6 Ogos tahun lalu.
Penampilan Ippo dengan memakai serban menarik perhatian netizen.
Ippo turut mempunyai seorang anak angkat perempuan bernama Cinta Rizky Amanda, 4, yang dijaga sejak dilahirkan.
Sementara itu, ketika ditanya tentang penampilan baharunya yang lebih Islamik, Ippo mengakui sedang mendekatkan diri dengan agama.
“Sebenarnya sebelum saya berkecimpung dalam dunia seni, saya memang selalu pakai jubah dan serban. Saya pernah belajar di sekolah tahfiz.
“Sejak pandemik berlaku, saya kembali mempelajari ilmu agama lebih mendalam. Saya baca semula hadis dan pelajari ilmu yang pernah saya belajar sebelum ini.
“Tapi penampilan saya ini bukan bermaksud saya nak orang menggelarkan saya sebagai ustaz tapi ia sekadar ikut sunnah nabi, ” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mStar