Uqasha Senrose Terharu Terima Kek Dari Yang Tersayang. Ini Reaksi Kamal Adli

Pelakon Kamal Adli mengirimkan sebiji kek buat tunang tersayang, aktres Uqasha Senrose yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-29 baru-baru ini.

Berkongsi video kek comel yang diterima, Uqasha turut menzahirkan rasa terharu atas kiriman si dia yang tersayang.

“Alhamdulilah thank you so much to my sweet fiance for this beautiful cake @kamaladli. Sayang sgt sgt nk makan sbb cantik sgt even tgh pkp ni pun awak still buat effort hantar cake order cake thank you,” tulisnya sebagai kapsyen pada hantaran di Instagram.

Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih atas doa serta ucapan yang diberikan peminat terhadapnya.

“And ofcuz thank you untk semua wish2 ada yg qasha tk sempat baca lg sbb tak berapa nk sihat. Alhamdulilah rasa disayangi sgt. Im already 29 still young n healthy, alhamdulilah #blessed,” tulisnya lagi.

 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by UQASHA SENROSE (@uqashasenrose2)

Meninjau ke ruangan komen, para peminat sekali lagi memberikan dedikasi selamat hari jadi dan tak kurang yang tumpang gembira melihat kebahagiaan pasangan sama cantik sama padan ini.

Malah Kamal juga dilihat turut men1ngg4lkan reaksinya iaitu;

“You cik bubu, deserve more and better than this. Apakan daya, much love,” respon Kamal sambil disusuli emoji berbentuk hati.

Terdahulu, j4linan cinta mereka berdua difahamkan mulai berpvtik selepas dig4ndingkan menerusi drama Setelah Terlafaznya Akad pada 2019, namun tiada sebarang pengesahan dibuat pasangan itu.

Kemudiannya, mereka sekali lagi berpas4ngan menerusi drama Perempuan Tanpa Dosa pada Oktober, tahun lalu.

Pengarah, Michael Ang ‘pec4hkan rahsia’ dalam media sosial memberitahu bahawa Kamal dan Uqasha sudah menghadiri kursus perkahwinan ketika penggambaran drama Perempuan Tanpa D0sa.

Menguatkan spekulasi percintaan apabila Kamal akhirnya melamar Uqasha secara terbuka dalam Anugerah MeleTOP Era 2020, Disember tahun lalu yang disiarkan secara langsung di kaca televisyen.

Mereka selamat melangsungkan pertunangan pada awal April lalu dan majlis merisik dijalankan serentak secara tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH