Bonda Rozita Menempel4k Kenyataan Yang Dibuat DSV Berkenaan ‘Jangan Jadi Malas Dan Harap Bantuan Bendera Putih Je’

Usahawan, Bonda Rozita menemp3lak kenyataan pengusaha kosmetik sensasi, Datuk Seri Vida berhubung isu kempen #BenderaPutih yang tul4r baru-baru ini.

Menyifatkan kenyataan Vida kurang berasas, Rozita tampil mengulas situasi semasa dan sensiitiviti rakyat yang sedang terjej4s tervk akibat pandemik COVID-19.

“Saya minta maaf dulu pada DSV apa saya ulas ni adalah baik-baik belaka untuk semua orang.

“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Mal4s kerja! Kalau dulu tak ada COVID-19, mana ada orang kibar bendera putih nak minta makanan?

“Banyak lagi pemal4s jah4t, peniipu besar tak pakai bendera putih pun, itu lagi mencvri malah yang lebih jah4t – menakvtkan, dib3nci oleh negara,” katanya.

Pernah juga melalui detik-detik sukar dalam kehidupan, tegas Rozita bukan sifat orang yang kurang berkemampuan untuk meminta-minta.

“Saya pernah lalui kemiiskinan tapi bukan dalam COVID-19. Tak semua orang miiskin meminta-minta! Ayat mal4s tak sesuai digunakan dalam rakyat stress, kita simpati kita kena ada sensiitiviti sebab manusia sekarang sangat tervk perasaannya.

“Posting pun kena berhati-hati untuk menjaga perasaan hati semua orang. Rakyat tolong rakyat, kami tak nak ada yang kelaparan & bunvh diri,” pesannya.

COVID-19 tambah Rozita telah menjejaskan banyak pihak termasuk pemain industri besar hingga ada yang sudah mvflis. Begitu juga simpanan orang ramai yang semakin menyusut.
 
“Berapa banyak hilang kerja dan bercer4i sebab COVID-19, dalam isu sekarang kita jangan salahkan sesiapa pun. Kita semua dah cukup tertek4n.
 
“Logiknya tak da orang suka naikkan bendera putih. Saya tengok pun sediih dan saya tak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta-minta.
 
“Semua orang nak kerja dan tak harap duit kerajaan. Kita nak kehidupan bebas dulu, kita semua dah usaha macam-macam.
 
“Kalau dah kawat besi, sam4n sana sini, viral langgar SOP, sedangkan anak rumah lapar… itu tekan4n besar pada kami, belum lagi sakit, risau, rindu mak ayah tua di kampung,” ujarnya.
 
Begitupun, Rozita menghormati pendirian Vida yang punyai niat baik untuk memberikan motivasi kepada rakyat Malaysia.
 
“Tetapi rakyat kita tak perlu motivasi begitu saat begini, mereka lagi down nanti. Mereka dalam gelora, jangan kita tambah kepediihan mereka.
 
“Kita orang tua Dato Vida, banyak pengalaman suka duka,” kata Rozita lagi yang akui tertek4n melihat kepayahan orang ramai ketika ini.
 
Nasihat Rozita lagi agar Vida tidak menj3ntik hati orang ramai dengan kata-kata yang p3rit. “Hati orang ramai kena jaga, kita buat posting yang lawak ker, kasi info ke, hiburkan mereka. Itu lebih sesuai sebab tak semua orang boleh usaha kalau tak ada ilmu dan tak ada modal.
 
“Kita terkurvng, jika kita tak mampu nak sedekahkan semua orang jangan usik hati mereka. Bonda tahu Vida baik dan suka bantu orang cuma tukar teknik kamu supaya tak tambah kekeruhan dyang sedia ada,” nasihatnya.
 
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : Gempak