Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan mengucapkan rasa syukur apabila suaminya, Meor Mohammad Aidid menerima sijil penghargaan kecemerlangan.
Serina yang juga merupakan anak kepada cef terkenal, Cef Wan berkongsi berita gembira itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya.
Selain suaminya, Serina juga mengucapkan tahniah kepada kesemua anggota p0lis yang bertungkus-lumus menjaga keselamatan negara.
“Tahniah suamiku tersayang, terima sijil penghargaan tugas cemerlang! Di mana ada kejayaan seorang lelaki pasti ada wanita di belakangnya, iaitu ibu dan isteri yang sentiasa mendoakan keselamatan serta kejayaan mereka.
“Saya akan sentiasa menyokong dan bangga dengan awak sayang. Bertugas menjaga keamanan, demi keselamatan rakyat, bakti pihak p0lis adalah perjuangan yang mulia.
“Syabas kepada semua anggota p0lis yang bekorban masa, bersengkang mata memastikan negara berdaulat kita ni aman damai,” coretnya.
View this post on Instagram
Serina dan Aided telah mendirikan rumah tangga pada 9 April lalu.
Sebelum ini, Serina pernah mendirikan rumah tangga dengan Salahudin Ghafar pada 1 Januari 2010.
Bagaimanapun, mereka bercer4i talak satu di m4hk4mah Rendah Daerah Petaling pada 1 Ogos 2017 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Tristan Tareef, 11, dan Isabella Saffiya, 10.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : dnq via TTK