Belakangan ini, media sosial dipenuhi dengan kisah perancangan Iqbal dan Dato Seri Vida (DSV) untuk berkahwin yang dibantah oleh Cik B.
Cik B atau nama sebenarnya, Edlynn Zamileen Mohd Amin berkata dia tidak merestui hubungan pasangan berkenaan. Malah, Cik B juga ada membuat reaksi terhadap janji Iqbal kepada ibunya, DSV baru-baru ini.
Bercerita tentang Iqbal, tular di laman Twitter apabila warganet memperkatakan tentang Instagram Story jejaka ini yang mempamerkan harga pakaian yang dipakainya.
Dalam Instagram Story yang telah ditangkap layar itu, Iqbal menyatakan harga buat suit, kasut, jam dan bag yang dipakainya. Difahamkan, jumlah kesemua aksesori ini bernilai RM42,800.
Melihatkan gambar ini hangat diperkatakan oleh warganet, Cik B membalas ciapan tersebut dengan ‘flex’ versinya yang tersendiri. Bagaimanapun, Cik B tidak menyatakan harga pakaian jenama mewah yang dipakainya di dalam video tersebut.
“Nak flex gak”
Nak flex gak https://t.co/ZRirfQJHs4 pic.twitter.com/NxPZEPu5cn
— cikb havoc (@HavocCikb) September 18, 2021
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan kerenah Cik B yang turut serta ‘flex’ pakaian mewah miliknya.
Tidak kurang juga ada warganet yang mempersoalkan tindakan Iqbal menyatakan harga buat setiap pakaiannya.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! TTK
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: lm