IBU mana yang tak sed1h menyaksikan anak kesayangan bergelar isteri orang.
Video linangan air mata seorang ibu pada majlis pernikahan anak perempuannya menerusi aplikasi TikTok mengundang seb4k.
“Banyaknya habuk masuk mata.”
“Mata berpeluh sebab kelip banyak sangat ni,” demikian antara komen-komen netizen.
Pengantin perempuan, Mardhati Zaini berkata, video yang baru dimuat naik di TikTok itu sebenarnya dirakamkan ketika majlis pernikahannya pada 11 Oktober 2020.
View this post on Instagram
“Saya kongsi kerana sebelum tu saya tengok video tu. Saya rindu dengan suami saya yang kini bertugas sebagai pelaut.
“Jadi saya pasang video bagi mengenang semula momen-momen kami di awal perkahwinan. Kali terakhir kami bertemu pada April lalu,” kata wanita berusia 25 tahun itu kepada mStar.
Ibu Mardhati (kanan) mengesat air mata.
Walaupun hampir setahun mendirikan rumah tangga, Mardhati yang merupakan warga Singapura dan menetap di republik itu tetap ‘hati tisu’ setiap kali menontonnya.
“Saya masih rasa seb4k bila tengok balik video tu. Walaupun sudah beberapa bulan, masih rasa sed1h. Saya boleh berulang kali menangis setiap kali menontonnya.
“Bila tengok, kadang-kadang, tertanya-tanya apa dalam fikiran ibu. Sebab tengok cara ibu menangis pun dah buat saya sed1h sangat.
Walaupun berkahwin, saya takkan lupa pengorbanan ibu. Saya harap boleh bayar balik jasanya dan jaga ibu sama macam dia jaga kami adik-beradik dengan baik
MARDHATI ZAINI
“Tapi sepupu-sepupu ada cerita pada saya. Sebelum majlis kahwin, ibu ceritakan pada makcik-makcik bahawa dia sebenarnya sed1h fikir saya akan kahwin.
“Bila saya dengar daripada sepupu, saya menangis. Bila fikir balik pun boleh menangis,” ujarnya yang berasal dari Bedok.
Keakraban dua beranak, Marhati (kanan) bersama ibu.
Menurut anak sulung daripada empat beradik itu, ibunya yang bakal menginjak usia 56 tahun pada bulan depan membesarkan mereka adik-beradik sejak 24 tahun lalu.
“Ibu saya seorang yang penyabar dan memahami. Masa saya kenal suami dulu pun, saya sangat muda ketika itu. Tapi ibu tak marah, sebaliknya dia beri banyak nasihat dan mengingatkan saya mengenai perkara yang baik dan burvk,” tambahnya.
Senyuman ibu Mardhati (tengah) di hari perkahwinanya.
Mengimbas waktu dibesarkan, Mardhati berkata, ibunya yang terlibat dengan tugas kaunseling di sekolah bekerja untuk menyara kehidupannya bersama adik-beradik.
“Ibu didiagnosis k4ns3r limfoma tahap empat kira-kira 11 tahun lalu, dia tak dapat bekerja sebab kena buat kim0terapi. Ibu terpaksa ambil cuti tanpa gaji, sedangkan masa tu kami masih bersekolah.
“Jadi ibu jual epok-epok (karipap) untuk tumpang jual kat kedai untuk duit belanja kami,” katanya sambil menambah ibunya telah sembuh daripada peny4kit tersebut.
Mardhati (duduk, dua kanan) dan suami (duduk, dua kiri) bersama keluarga.
Mardhati yang bertugas sebagai jurur4wat berkata, ibunya di hari pernikahan berpesan supaya mendengar kata-kata suami, tidak men1ngg4lkan solat dan tidak mengabaikan tanggungjawab.
“Saya tahu masing-masing mempunyai hubungan yang berbeza dengan mak ayah. Jangan lupakan mak ayah yang banyak bersusah-payah demi kita.
“Walaupun telah berkahwin, saya takkan lupa pengorbanan ibu. Saya harap boleh bayar balik jasanya dan jaga ibu sama macam dia jaga kami adik-beradik dengan baik,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mStar