PERNAH menjalinkan hubungan rapat dengan Zizi Kirana, pelakon dan pengacara Alif Hadi mengakui agak terkejut dengan berita pernikahan penyanyi rap itu pada Ahad lalu.
Biarpun tujuh tahun berkawan rapat, Alif berkata, dia tidak dapat menghidu hubungan cinta yang terjalin antara Zizi dan pelakon Yusof Bahrin.
“Apabila dapat tahu berita perkahwinan dia memang rasa terkejut juga. Kali terakhir berhubung dengan dia lebih kurang dua bulan lepas.
“Tapi saya tidak tahu tentang dia akan berkahwin ketika itu. Mungkin itu yang terbaik untuk dia dan mesti dia juga sudah fikir masak-masak,” katanya kepada mStar.
Alif berkata, dia tidak mengetahui perancangan Zizi untuk mendirikan rumah tangga.
Pada Februari tahun lalu, Alif, 33 mengakui menjalinkan hubungan sangat rapat dengan Zizi sejak tujuh tahun lalu.
Dia turut mendedahkan berasa cemburu apabila ada lelaki terutama golongan artis dan ternama meminta nombor telefon penyanyi lagu EH itu.
Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan dari dulu.
ALIF HADI
PELAKON
Sementara itu, Alif berkata, dia tidak berasa kecewa dengan berita itu dan menyedari tiada jodoh antara mereka.
Tambahnya, dia juga kini mempunyai perancangan hidup sendiri daripada segi kerjaya dan peribadi.
“Kami tidak bercinta tapi berkawan rapat dan daripada dulu lagi dan sebelum ini pun saya hanya kata tak akan menolak kalau ada jodoh antara kami. Tapi sekarang sudah tahu jodoh memang tidak ada sebab masing-masing pun sibuk.
Alif berkata dia menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih.
“Lagi pun sekarang saya sibuk dengan penggambaran dan ‘outstation’, jadi saya tidak fikir sangat.
“Jangan risau… sekarang saya pun lebih bahagia dari dulu. InsyaAllah bila tepat pada waktunya semua akan tahu juga,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama Adam Chempaka ini berkata, dia mendoakan dan menyokong perubahan Zizi ke arah yang lebih baik.
“Semoga perkahwinan dia kekal hingga ke anak cucu dan berjalan lancar serta dimurahkan rezeki.
“Saya hanya harapkan yang terbaik untuk dia sahaja,” katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mstar