“Ank dpat Anugerah kecemerlangan bgi smua subjek..” Ini Luahan Rita Rudaini- ‘Nk berjaya kena rajin solat, mengaji’

Pelakon popular Rita Rudaini terharu dan bangga dengan pencapaian diraih anak sulungnya Airit Rayyan Rizqin, 12, yang mendapat Anugerah Kecemerlangan bagi semua subjek, hari ini.

Rita, 45, berkata, Rayyan juga mendapat Anugerah Pelajar Terbaik Kelas bagi tahun 2020 selain pelajar terbaik bagi mata pelajaran bahasa Arab dan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

“Alhamdulillah, sebagai ibu sudah semestinya saya bangga dan terharu dengan pencapaian diraihnya. Bagi kedua-dua anak, saya memang utamakan pendidikan mereka. Sebab itu, saya tidak kisah berhabis untuk berikan yang terbaik. Macam Rayyan, dia memang fokus untuk semua subjek. Dia akan bi.sing kalau tak dapat markah penuh. Sebab itu, saya selalu berikan dorongan.

“Saya pula bukan semua subjek tahu. Apa yang saya boleh tolong ajar, saya bantu. Selebihnya dia memang belajar dengan cikgu dan saya turut sediakan kelas tus.yen. Apatah lagi sekarang ini proses pembelajaran masih secara dalam talian, jadi memang kena berusaha lebih sikit,” katanya.

Menurut Rita, dia merancang untuk menghantar kedua anak lelakinya itu ke Pusat Pendidikan Tahfiz.

“Insya-Allah, untuk peringkat menengah nanti kalau boleh nak hantar Rayyan dan Arjuna ke tahfiz. Mereka pun berminat. Saya percaya, ini saja saham ak.hirat yang saya ada yang dititipkan oleh Allah kepada saya.

“Saya gembira melihat kejayaan anak-anak. Saya selalu pesan, nak berjaya di dunia dan ak.hirat kena rajin solat, mengaji, dengar cakap orang tua dan sentiasa berbuat baik. Alhamdulillah, mereka dengar kata. Tapi biasalah budak kan, ada masa datang juga ma.las mereka. Tapi, saya memang selalu beri nasihat,” katanya.

Sekadar Perkongsian Dan janga Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ

Sumber: HM/IG Rita Rudaini