Jatuh Gaung 20 Kaki, Tapi Ajaibnya Langsung Tak Cedera -“Ingatkan Aj4l Dah Tiba..”

“HANYA mampu beristighfar dan mengucap… dalam keadaan pandangan ‘tertutup’, mata menangkap sejalur cahaya putih.”

Demikian kata Nurmasturina Najihah Hassin ketika bercerita mengenai kejadian ngeri yang mana dia nyaris menemui aj4l selepas keretanya terbabas ke dalam gaung berketinggian enam meter.

Kuasa Allah, wanita ini terselamat tanpa mengalami sedikit pun keceder4an meskipun keretanya remuk teruk dan dikategorikan ‘total loss’.

Masih mengingati setiap detik ins1den itu secara terperinci meskipun sudah dua tahun berlalu, wanita ini turut berkongsi secara ringkas kronologi kem4langan ngeri yang menimpanya itu di TikTok.

Menurut gadis yang senang disapa sebagai Jiha ini, ketika ins1den yang berlaku pada tanggal 16 Julai 2019 itu, dia sedang dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kota Bharu, Kelantan dan memandu bersendirian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Saya bertolak dari Gua Musang sekitar pukul 7 malam. Saya tak bawa laju sebab ketika itu keadaan hujan agak lebat. Setibanya di satu selekoh berhampiran Sungai Bayu, mungkin kerana jalan licin, kereta hilang kawalan lalu terbabas.

“Tiga kali stereng kereta berpusing… masa tu, memang gelap dah pandangan. Mungkin Allah ‘tutup’. Dalam hati terdetik, mungkin dah tiba ajal menjemput… saya hanya mampu beristighfar dan mengucap.

“Dalam keadaan kereta berpusing dan terjvn4m tu, mata menangkap sejalur cahaya putih. Saya masih ingat dengan jelas. Akhirnya, kereta berhenti terjvn4m kerana tersangkut pada pokok. Masa itu, bila menyedari masih bernyawa, tak henti-henti saya bersyukur,” ujar wanita berusia 24 tahun ini.

gaung 2

Kereta Jiha yang terb4bas ke dalam gaung ditarik menggunakan trak tunda.

Berada di bawah gaung yang agak dalam dan penuh dengan belvk4r, ditambah pula dengan suasana gelap malam, Jiha berkata dia cuba untuk bertenang dan tidak panik agar dapat berfikir tindakan yang patut dilakukannya.

“Pertama sekali, saya keluar daripada kereta untuk pastikan tiada tumpahan minyak takut meletup dan sebagainya… berbekalkan lampu kereta saja.

“Keduanya, saya call keluarga, bomba dan p0lis untuk bantuan. Saya tekan hon banyak kali untuk tarik perhatian pengguna jalan lain, tapi memang tiada siapa datang sebab tak dengar… gaung tu dalam.

gaung 1

Keadaan kereta Jiha ‘total loss’ akibat kem4lang4n tersebut.

“Saya tunggu di kereta saja dan selama menunggu, ayah dan ma tak henti-henti call untuk ‘teman’ dan pastikan saya selamat. Saya tak berani nak naik tebing sebab bimbangkan keselamatan lebih-lebih lagi saya perempuan, takut dirompak orang yang nak ambil kesempatan.

“Masa di bawah, saya tak takut h4ntu dah waktu tu. Alhamdulillah, kawan ayah yang tinggal berdekatan datang selepas dihubungi ayah. Dialah orang pertama sampai dan barulah saya berani naik atas,” ujar ahli perniagaan muda yang mengusahakan bisnes QueeN Pizza ini.

Saya tak terlalu f0bia cuma lebih beringat. Tapi kalau lalu lokasi kejadian, memang autom4tik terimbau.

NURMASTURINA NAJIHAH HASSIN

Bercerita lebih lanjut, anak kelima daripada enam adik beradik ini berkata, sungguhpun ins1den tersebut hampir meragut nyawa, namun dia tetap menguatkan semangat kerana rutin sebagai ahli perniagaan memerlvk4n dirinya untuk sentiasa bergerak ke merata lokasi.

“Selepas ins1den itu, abah dan ma memang larang saya bawa kereta seorang diri dan kena berteman. Tapi lama kelamaan bila tengok semangat saya, mereka izinkan memandu berseorangan namun nasihatkan lebih hati-hati.

“Saya tak terlalu f0bia cuma lebih beringat. Tapi kalau lalu lokasi kejadian, memang autom4tik terimbau,” ujarnya yang juga merupakan seorang ejen insurans.

gaung 3

Selain menjadi pengasas QueeN Pizza, Jiha juga seorang ejen insurans dan menjadi stokis kepada sabun membasuh pakaian.

Pertama kali berkongsi pengalaman ditimpa kem4lang4n di media sosial dalam tempoh dua tahun selepas kejadian, Jiha berkata dia tergerak untuk berbuat demikian semata-mata kerana mahu memberi peringatan dan pengajaran buat orang lain.

“Saya cuma nak sampaikan mesej daripada pengalaman sendiri. Sebenarnya, masa mula bertolak, saya dah rasa tak sedap hati tapi saya teruskan juga. Jadi selepas ini memang kena alert. Kalau tak sedap hati, berhentilah solat di mana-mana dulu.

gaung 4

Ibu bapa merupakan tulang belakang yang menyokong kariernya sebagai ahli perniagaan muda.

“Keduanya, pentingnya tali pinggang keselamatan (seatbelt). Alhamdulillah, saya pakai seatbelt ketika itu. Memang ia ‘grip’ tubuh saya dekat seat masa kereta berpusing dan menjunam.

“Ketiganya, ingatlah pesan orang tua-tua… janganlah keluar rumah kalau nak dekat Maghrib. Waktu itu tak berapa elok. Dan apa pun yang paling penting, sebelum mulakan perjalanan, baca doa mohon perlindungan dan berzikir,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar