“Perlu Ke Seusia Ini Ada Pasangan Hidup?,”Ini Jawapan Norman Hakim

Pelakon dan hos, Norman Hakim yang kerap isi masa bersama keluarga mended4hkan anak tervnanya, Danish Hakim mulai bertanya mengenai umur yang sesuai untuk mencari pasangan.

Menurut Norman atau nama sebenarnya, Mohamed Norhakim Zaidon, 45, mereka kerap bercakap mengenai apa sahaja.

Perkara itu dikongsikan bintang Gerak Khas ini menerusi satu perkongsian di Instagram.

“Kitaorang kalau duduk sembang 18 jam pun tak cukup. Selalu sembang macam-macam bab yang unlimited. Kalau dah penat sembang topic berat, kadang2 sembang pasal semut pun boleh on.

“Kali ni abang @danishhakimofficial petik pasal pasangan hidup. Dia tanya dah perlu ke usia dia ada pasangan hidup?JENGSSS!!! Itu la topik utama sembang kita kali ni,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Doa Mak Ayah Anak Isteri❤️ (@normanhakim_786)

Norman bagaimanapun menyarankan agar Danish mencapai cita-cita terlebih dahulu dan menyerahkan selebihnya kepada Allah SWT.

“Long story short, end of our conversation saya cakap “focus on your goal & consistently building your life.

“The right person will eventually find their way to u. But still the choice & decision is yours. Mohon bantuan & petunjuk dari Allah”. Thats the end of our conversation.

“Wallahualam. Kita doakan je yang baik-baik. Alhamdulillah syukur untuk rezeki hari ni,” tulisnya lagi.

Bapa kepada enam cahaya mata itu memaklumkan jadual harian anak sulungnya itu turut padat dengan komitmen dalam mengajar mengaji setiap Selasa hingga Ahad bermula jam 11 pagi hingga jam 11 malam.

Sementara itu meninjau ke ruangan komen, rata-rata memberikan reaksi masing-masing termasuk memuji cara didikan Norman buat anak lelakinya.

Malah, tidak kurang yang membayangkan mereka terlihat seperti abang dan adik menerusi foto yang dikongsikan.

Komen netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:MH