PU Syed Dah Pvas Tegur Kak KM, Hanya Mampu Berdoa

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Pencetus Ummah (PU) Syed memaklumkan sering disebut (tag) oleh netizen di media sosial mengenai anak pelakon veteran, Normah Damanhuri iaitu Kak KM.

PU Syed berkata seorang netizen sering tag namanya mengenai Kak KM, bagaimanapun pendakwah bebas itu berkata dia sudah beberapa kali memberi teguran kepada usahawan itu. Katanya, seharusnya suami, ahli keluarga terdekat wajib menegur dan menasihati usahawan tersebut agar menutup aurat.

“Untuk makluman, ambe dah beberapa kali tegur kak KM ni..namun tiada hasil. Kita hanya mampu doa moga dia sedar, tubuhnya itu bukan seperti haiwan yang boleh ditonton senang-senang oleh makhluk lain..kecuali mahramnya sahaja.

“Jika dia ada suami..maka suaminyalah yabg perlu tegur dan jika tak ditegur..berdosalah dia..bahkan dayus! Tetapi jika dia tiada suami, ibu ayahnya, adik beradiknya wajib menegur,” katanya.

Dalam pada itu, PU Syed turut menyentuh mengenai soal perniagaannya dimana jika perniagaan yang dijalankan dengan cara berdosa, rezeki yang dimiliki tidak berkat.

“Bahagian dunia ni sementara sahaja..celaka di akhirat adalah yang paling sengsara..berniaga dengan cara dosa..maka rezekimu tidak berkat..bahkan mendatangkan dosa,” tulisnya.

Dalam entri tersebut, PU Syed turut berkongsi cadangan kepada pihak berwajib agar menguatkuasakan pemakaian patuh syariat kepada semua umat Islam di Malaysia.

“Ambe mohon pihak berwajib agar kuat kuasakan pemakaian patuh syariat kpd semua umat Islam di Malaysia..gubal undang-undang agar boleh saman atau penjarakan mereka yg mendedah aurat dikhalayak,” tulisnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Rotikaya