Seorang pemuda di Indonesia menjadi sensasi internet apabila mengahwini gurunya sendiri yang mempunyai perbezaan usia sekitar 15 tahun dengannya, la.por laman berita Suara.com semalam.
Menerusi satu klip video yang tular dalam aplikasi TikTok, pelajar tersebut mengaku bahawa dia merupakan murid kepada isterinya itu pada tahun 2019 ketika dia masih menuntut di sekolah menengah.
Pemuda tersebut turut berkongsikan sekeping gambar yang dirakam bersama isterinya pada tahun tersebut yang memaparkan dia memakai pakaian seragam sekolah.
Turut berdiri di sampingnya ialah isterinya yang ketika itu juga memakai seragam guru.
Gambar seterusnya yang diambil pada tahun 2020 memaparkan kedua-dua mereka berada di sebuah taman bunga dengan gaya mesra.
Gambar Sebelum Berkahwin (Atas) 2019, Bawah sudah berkahwin pada 2021
Pemuda itu kemudiannya memuat naik gambar terbaharu tahun ini yang memaparkan mereka memakai pakaian pengan.tin serta bergambar di hadapan sebuah pela.min. Dia mengaku bahawa mereka kini ber.gelar pasangan suami isteri.
Video perkongsian itu menjadi tular dengan ramai pengguna media sosial meluahkan rasa kagum dan gembira melihat kisah cinta tidak mengenal usia itu.
“Jodoh, ma.ut, bukan kita yang ten.tukan kerana kita cuma menjalani hidup ini. Cinta tidak mengenal usia. Semoga terus berbahagia,” kata seorang netizen.
“Gurunya kelihatan muda walaupun berkahwin dengan muridnya, bahkan mereka nampak seperti sebaya. Dah.syat, abang!” komen seorang lagi pengguna.
Komen Netizen:
“Mesti masa sekolah selalu di kasih tinggi.”
“Dulu murid patuhi guru, sekarang guru wajib taat pada suami..”
“Guruku idolaku..”
“Biasa guru laki yang nikah dengan pelajarnya..”
“Kene macam aku dapat brondong, tapi tak ape yang penting bahagia..”
“Patut la bagus terus dalam kelas, rupanya ade sebab..”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber: kosmo,AGENSI via Utube