Pelakon dan usahawan, Neelofa tidak menafikan atau mengiyakan khabar angin yang mend4kwa dirinya kini sedang h4mil, sebaliknya meminta ramai mendoakan yang terbaik untuk dirinya.
Neelofa,32, berkata, sekiranya desas-desus terbabit benar, dia berjanji berkongsi berita gembira itu kepada orang ramai.
“Soalan mengenai sama ada seseorang itu sudah h4mil atau tidak, agak sensitif untuk dijawab dan pastinya mereka mempunyai alasan tersendiri
“Kalau katakanlah desas-desus terbabit betul atau tidak, saya akan menunggu waktu yang terbaik untuk kongsikan kepada semua kerana berita ini adalah satu doa,” katanya.
Betul ke neelofa hamil? 🤔
Kalau korang nak tahu lebih lanjut meh follow akaun tiktok @tontonmy 😉 Tag member korang sekali tau! pic.twitter.com/uBz62yMeTP
— tonton (@tontonmy) October 6, 2021
Neelofa ditemui pada majlis sumbangan Bakul Kasih PRIHATIN- MAIWP yang diadakan di Surau Al- Mustaqim, PPR Pinggiran Bukit Jalil, di sini, Rabu.
Neelofa yang mewakili Pertubuhan Kasih Neelofa (PKN) bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Yayasan Kasih Prihatin Nasional (PRIHATIN) menyerahkan sumbangan kepada keluarga asnaf yang terkesan akibat p4ndem1k C0v1d-19.
Turut hadir ialah suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail, atau PU Riz.
Menurut Neelofa, dia mengakui ramai peminat yang teruja mengenai berita terbabit sehingga sedikit sebanyak memberi tek4nan kepada dirinya.
“Saya berharap orang ramai dapat memahami perkara ini dan doakan yang baik-baik sebab saya sangat perlvk4n doa-doa ini sebagai satu perlindungan.
“Saya faham keduduk4n saya di mana orang mengharapkan perkongsian ini. Insha-Allah akan dibuat dengan baik dan saya akan kongsikan kepada semua kerana ia bukanlah sesuatu berita burvk yang perlu disorokkan,” katanya.
Ditanya adakah pengumuman terbabit akan dibuat pada waktu terdekat, Neelofa memaklumkan dia masih dengan jawapan sama.
“Saya akan beritahu bila semuanya dah betul-betul pasti. Sebagai contoh kalau kandungan dah benar stabil barulah akan dikongsikan,” katanya.
Terdahulu, khabar angin mengenai keh4milan bekas hos MeleTOP itu hangat diperkatakan selepas dia dilihat menunjukkan tanda-tanda ibu mengandung apabila asyik mengusap bahagian perutnya sejak Julai.
Bukan hanya pada siaran langsung di Instagram Live untuk promosi tudung, paling ketara ketika hadir ke m4hk4mah Seremban bagi sebutan semula kes pel4ngg4ran prosedur operasi standard (SOP), 24 September lalu.
Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Sumber: MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : http://trendinggiler.pw