“Nenek mimpi ke?” – Netizen Terharu Lihat Pertemuan Cucu & Nenek, Akhirnya Dapat Jumpa Lepas 1 Tahun

Selepas menerima berita gembira daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam mengenai kebenaran untuk merentas negeri bagi seluruh Malaysia, ramai di antara kita sudah merancang untuk pulang ke kampung.

Mana tidaknya, ada yang sudah hampir satu atau dua tahun tidak pulang menemui orang tua di sana semenjak wab4k COV1D 19 terjadi.

“Nenek mimpi ke?” 

Baru-baru ini, tular sebuah video yang mengharukan dari @nanadayana.11 di TikTok mengenai pertemuannya dengan nenek selepas hampir 1 tahun tidak berjumpa.

Menerusi video tersebut, gadis ini bersama keluarganya telah merentas negeri untuk pulang ke kampung bertemu dengan nenek selepas kerajaan membenarkan rakyat merentas negeri.

Video:

Lebih mengharukan apabila nenek Nana dilihat agak terkejut dengan kepulangan cucunya itu dan merasakan semuanya seakan-akan mimpi.

Nenek mimpi ke ni? Macam mimpi,” katanya sambil dipelvk civm oleh ahli keluarga.

“Alhamdulillah… aku tumpang gembira” 

Rata-rata netizen yang melihat video tersebut berkongsi kegembiraan gadis ini dan berharap dapat juga pulang ke kampung halaman dalam masa yang terdekat ini.

Malah ada juga yang mengalirkan air mata tanpa sedar selepas melihat pertemuan nenek dan cucunya itu yang menyentuh hati.

Komen Netizen:

Waahh terharunya… hari ini media sosial dipenuhi video-video pertemuan yang menyentuh hati ye. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : Lobak Merah

 

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber :