Betul-betul jumpa jodoh, gadis buktikan kebenaran ungkapan ‘kata-kata itu satu doa’…

SIAPA sangka, kata-kata yang diucapkan oleh seorang gadis ketika ditanya mengenai perancangan berkahwin oleh sahabatnya, akhirnya menjadi kenyataan!

Selamba menjawab bahawa dia mahu mengakhiri zaman bujang pada tahun hadapan (2021) ketika satu rakaman video dilakukan pada April 2020, gadis berkenaan benar-benar bertemu jodoh dan selamat bergelar isteri orang pada 1 Oktober lalu.

“Kata-kata itu satu doa ya guys,” demikian kapsyen pada video berkenaan.

Sehingga kini video tersebut meraih melebihi 820,000 jumlah tontonan selain dibanjiri dengan komen netizen yang turut teruja dengan kisah wanita berkenaan.

“Lepas ni kalau orang tanya bila nak kahwin, aku nak jawab tahun depan jugalah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Menyesal bila orang tanya aku jawab ‘lambat lagi’. Next nak tukar jawapanlah,” demikian antara komen yang dilontarkan netizen.

Berkongsi cerita dengan mStar, Siti Syifaa Abdul Aziz berkata video yang dimuat naik olehnya di TikTok itu sekadar mahu mengimbas momen-momen istimewa bersama sahabat baiknya, Siti Nurjannah Azizan yang selamat diijabkabulkan pada 1 Oktober lalu.

“Pada 6 April 2020, saya ada buat satu video di mana ketika itu kami meraikan perkahwinan salah seorang sahabat baik. Ketika itu saya saja tanya Jannah, bila pula giliran dia nak kahwin.

“Selamba saja dia jawab ‘tahun depan’. Ditakdirkan Allah, memang betul Jannah berkahwin tahun ini. Jadi saya saja nak imbas balik video Jannah tahun lepas ketika dia diijabkabulkan pada 1 Oktober lalu.

bff baru 1

Siti Nurjannah bersama pasangan selamat diijabkabulkan pada 1 Oktober.

“Memang tak sangka video ni boleh viral pula. Teringat balik kata-katanya itu dimakbulkan,” ujar gadis berusia 23 tahun ini.

Senang disapa sebagai Syifaa, gadis ini berkata dia bagaimanapun tidak mengetahui sama ada Nurjannah sedang bercinta atau sebaliknya ketika video tular itu dirakam tahun lalu.

“Masa dia yakin bagi jawapan nak kahwin ‘tahun depan’, kami semua tak tahu sama ada dia sedang kenali hati budi seseorang atau tidak. Sebab Jannah ni dia seorang yang ‘reserved’.

“Dia tak bercerita soal cinta malah tak pernah tunjuk apa-apa di media sosial. Kira-kira seminggu sebelum diijabkabulkan, barulah dia pecah khabar beritahu nak nikah 1 Oktober.

bff baru 3

Video ‘throwback’ yang tular di TikTok itu dirakam ketika Siti Syifaa (dua, kiri) dan Siti Nurjannah (kanan) meraikan perkahwinan salah seorang rakan baik mereka pada 6 April tahun lalu.

“Respon kami masa tu ‘serius ke nak kahwin ni? Barang-barang persiapan macam mana?’. Tapi dia beritahu semua dah diatur. Jannah pun beritahu dia sendiri tak sangka kahwin tahun ni.

“seb4k juga bila seorang lagi sahabat baik sudah bergelar isteri orang. Jika dulu ke mana-mana bersama, tapi kini mestilah terhad sikit. Namun saya tumpang gembira sebab tengok Jannah happy dan bahagia,” ujarnya yang kini menuntut di Kolej Universiti Islam Melaka dalam jurusan Pengurusan h0sp1taliti.

Bercerita mengenai kisah persahabatan mereka, Syifa berkata dia dan Nurjannah sudah bersahabat sejak 10 tahun lalu ketika sama-sama menuntut di sekolah menengah.

Dia tak bercerita soal cinta malah tak pernah tunjuk apa-apa di media sosial. Kira-kira seminggu sebelum diijabkabulkan, barulah dia pecah khabar.

SITI SYIFAA ABDUL AZIZ

“Jannah seorang yang sangat lemah lembut, tak mudah ambil hati dan jenis yang tidak berkira.

“Selain kami berdua, ada lima lagi sahabat baik yang dikenali sejak 10 tahun lalu dan kekal rapat hingga kini. Jannah adalah yang ketiga mendirikan rumah tangga daripada kami bertujuh.

“Tapi dah lama kami tak dapat kumpul bersama-sama. Walaupun semuanya berasal dari Kuala Nerang, Kedah, tapi masing-masing kerja jauh ditambah pula kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini,” ujarnya lagi.

Syifaa dalam pada itu berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsiannya menjadi tular.

bff baru 2

Siti Syifaa dan Siti Nurjannah bersahabat sejak menuntut di sekolah menengah.

“Saya memang tak jangka boleh jadi viral hingga banyak page Instagram ‘repost’ semula video kami. Risau juga Jannah tak selesa tapi dia okay saja.

“Ramai yang komen positif lebih-lebih lagi nak tiru jawapan Jannah lepas ni. Tapi dalam pada itu, ada juga bangkitkan kami l4ngg4r SOP sebab bergambar outdoor.

“Sebenarnya, video tahun lepas ketika seorang sahabat kami kahwin, memang ikut SOP di mana ijabkabul dilakukan di pejabat agama. Kami tiada masa saat dia bernikah.

“Jadi kami sekadar raikan dia dengan bergambar bersama selepas dia selesai bernikah supaya ada kenangan. Itupun tiada jurufoto rasmi, hanya kami beberapa orang sahaja,” ujarnya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar