“Saya T4k B0leh Bi4rkan K4kitangan Kesayangannya Ter4bai”- Ibu T!Ri Teruskan Perniagaan Tudung Arw4h Siti Sarah

Tidak mahu membiarkan kakitangan Allahy4rham Siti Sarah terabai, ibu tiri arw4h, Siti Fatimah Suberi kini mengambil tanggungjawab menguruskan perniagaan tudung milik penyanyi itu.

Fatimah berkata dia perlu kuat untuk membangunkan perniagaan yang diusahakan bersama Allah4ryham sebelum ini.

“Walaupun arw4h sudah tiada, tapi dia buat saya jadi kuat dan tak boleh duduk diam. Saya perlu jaga perniagaan yang arw4h bangunkan selama ini.

“Saya tak boleh biarkan kakitangan kesayangannya ter4bai. Insya-Allah saya mampu dan boleh hadapi semua ini. Saya nak perniagaan itu terbang tinggi sebab itu impian arw4h semasa dia hidup.

“Setiap hari ada saja benda dia nak buat untuk perbaiki kalau tak berpuas hati dengan kualiti produk. Buat semua doakan saya dapat mengalas tanggungjawab menjaga perniagaan ini dengan baik,” katanya.

Sudah dua bulan pem3rgian Siti Sarah, Fatimah berkata rasa rindu terhadap Sarah tidak pernah luntur, malah setiap kali ke pejabat pasti akan merenung gambar arw4h.

“Cepat betul masa berjalan. Kalau kira-kira sudah dua bulan Sarah pergi tinggalkan kita semua. Rindu usah cakaplah. Rasanya setiap hari masuk pejabat mesti tenung gambar Sarah,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber:Rotikaya