TERKENAL dengan sikap dermawan, nama pelakon Baim Wong mendapat perhatian netizen apabila tiba-tiba tular video dia memarahi seorang warga emas yang meminta wang daripadanya.
Menerusi video berkenaan, pelakon itu dilihat memarahi seorang warga emas yang berusia 77 tahun.
Baim pada awalnya tidak menghiraukan warga emas yang mengikutnya ketika sedang menaiki motosikal bersama anaknya Kiano Tiger Wong.
Namun kemudian, dia berasa tidak selesa dan menegur orang tua itu dengan cara yang tidak sopan dan angkuh apabila menasihatkan individu itu berhenti mengemis dan mula bekerja.
Baim menegur warga emas yang mengekorinya.
Tidak lama selepas video berkenaan tular di media sosial, Baim akhirnya menjelaskan teguran yang dibuat itu tidak seperti yang dilihat netizen.
“Ketika kejadian saya baru keluar h0sp1tal dan ada orang mendekati saya dengan menaiki motosikal. Saya sedang berjalan dan dia semakin dekat. Itu membahayakan apatah lagi saya bersama anak.
“Orang itu meminta wang dengan cara yang tak sopan. Lelaki tersebut berteriak ‘Baim minta wang!’. Jujurnya saya paling kesal dengan orang sebegitu. Lalu, saya teruskan perjalanan ke rumah.
“Waktu itu saya tidak marah. Saya beritahu bukan dengan cara ini… jangan.. tidak baik,” kata Baim.
Selain itu, Baim berkata, lebih membuatkan dirinya berasa kurang senang apabila lelaki itu membuat cerita sed1h bagi meraih simpati orang ramai.
“Dari dulu saya tidak pernah suka dengan orang yang merendahkan dirinya sendiri untuk meraih simpati dan mendapatkan wang.
“Terlalu banyak orang yang saya temui di jalan, lebih tua dari dia, 90-100 tahun namun masih bekerja dan tidak meminta-minta.
“Bahkan ada yang cacat. Mereka tidak pernah minta wang daripada saya. Apa lagi dengan cara mengemis,” katanya. –LIPUTAN6
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : mStar