Along Zaimi jadi sukarelawan APM, sed4r diri tak mampu kejar populariti – “Saya dah anggap tak macam artis… janji ada rezeki”

MINAT terhadap aktiviti kesukarelawanan akhirnya mendorong penyanyi Along Zaimi untuk menyertai Kursus Asas Pertahanan Awam anjuran Angkatan Pertahan Awam (APM).

Menurut Along atau nama sebenar Mohamad Rozaimi Rosli, 25, dia gembira apabila berpeluang untuk mempelajari sesuatu yang baru dalam hidup.

“Sebenarnya ada kawan ni post dekat WhatsApp story, dia tanya siapa nak join kursus APM. Saya terus reply beritahu berminat.

“Lepas itu dia terus call minta maklumat diri. Kebetulan ini adalah masa yang sesuai dan saya sendiri pernah sertai aktiviti sukarelawan, jadi saya pun ok la.

“APM ni adalah pilihan, saya sertai sebagai sukarelawan sahaja, bukannya tetap,” katanya kepada mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mohamad Rozaimi Rosli (MR.R) (@alongzaimi)

Bercerita lanjut tentang kursus berkenaan, bekas peserta Mentor Milenia ini berkata, dia mendalami ilmu asas kecem4san yang boleh diaplikasi sekiranya berlaku sebarang perkara tidak diingini di rumah.

“Sebenarnya kursus ini adalah untuk persediaan diri sendiri jika berdepan sebarang kemungkinan.

“Lepas ni kalau ada kes kecem4san kat rumah saya dah tahu bertindak. Dulu mungkin saya tengok je apa berlaku, tapi sekarang insyaAllah saya dah ada ilmu asas,” katanya.

Dulu mungkin saya tengok je apa berlaku, tapi sekarang insyaAllah dah ada ilmu asas.

ALONG ZAIMI

PENYANYI

Untuk rekod menyertai kursus berkenaan di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kota Setar, Kedah.

Melalui kursus ini, para peserta dided4hkan dengan beberapa kemahiran seperti asas pertolongan cemas, teknik asas menyelamat dan melawan kebakaran.

Dalam pada itu ditanya tentang perkembangan kerjaya seni, Along mengakui sukar mendapat perhatian industri seni.

along 2

Along aktif mengikuti aktiviti sukarelawan.

Bagaimanapun dia tetap meneruskan minat dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan busking dikenali sebagai Mr. R Buskers selain menambah pendapatan dengan menjual burger.

“Kalau diikutkan pendapatan masih ada, saya juga ada simpanan. Semua orang pun terkesan dengan p4ndem1k.

“Tapi Alhamdulillah cukup untuk survive, walaupun tak banyak tapi bersyukur. Saya pun dah anggap diri tak macam artis, orang biasa sahaja… janji ada rezeki.

“Saya buka mind set nak cari side income jual burger. Kalau tak ada rezeki untuk menyanyi at least ada benda boleh buat. Tak perlu nak malu anggap diri orang biasa,” ujarnya.

Komen netizen:

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : mStar