“Walaupun Anak Saya Lelaki, Saya Masih Ris4u” – Bapa Ini Rungkai Sebab Utama Teman Anak Dating Sampai Ke Taiping

Semalam, viral kisah seorang bapa dari Sungai Buloh yang s4nggup menghantar anaknya bertemu dengan kekasih di sebuah lokasi di Taiping, Perak. Rata-rata yang menonton video tersebut memuji sikap si bapa yang bukan sahaja sporting, malah melayan keinginan anak lelakinya untuk berjumpa dengan kekasih hati buat pertama kali.

Berpeluang berbual dengan tuan empunya diri, Mohd Jasni Mohd Noh, bapa berusia 44 tahun itu berkata, dia bersetuju untuk membawa anaknya, Mohd Yusri Daniel bertemu dengan kekasih hati kerana bimbang akan keselamatan ketika berada jauh daripada keluarga.

Mohd Jasni bersama Datuk Rosyam Nor

Ujar Jasni, dia juga tidak mahu masyarakat luar memberi pandangan yang kvrang manis terhadap anaknya jika dia membiarkan Yusri pergi bertemu dengan kekasih hati seorang diri.

“Sebenarnya, mereka kenal menerusi media sosial ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari. Bagaimanapun mereka tidak pernah berjumpa. Anak saya berumur 18 tahun dan kekasihnya juga sebaya dengannya. Anak saya bekerja di kedai makan dengan kakaknya.

“Apabila dia meminta izin untuk berjumpa, saya bimb4ng untuk lepaskan dia sendiri kerana kekasihnya tinggal di Taiping, Perak. Saya terangkan padanya yang dia tidak pernah berjumpa dengan g4dis itu. Tentulah saya bimbang akan keselamatan anak saya, kalau dis4mun atau dit1pu. Walaupun anak saya lelaki, tetapi saya masih ris4u,” katanya kepada Gempak.

 Video:

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Mohd Jasni Mohd Noh (@remy_damak)

Engg4n meluk4kan h4ti anak tersayang, Jasni kemudiannya bersetuju untuk menemani dan menghantar anaknya bertemu dengan kekasih hati di lokasi yang dijanjikan.

“Saya pun memandu dari Sungai Buloh, Selangor ke Taiping, Perak pada Ahad lalu. Tetapi, saya pastikan juga ibu bapa g4dis itu pun tahu akan pertemuan yang dirancang ini. Sebab kita tak naklah jadi apa-apa sebab saya faham kembimbangan ibu bapa kerana saya pun ada anak perempuan,” katanya.

Jasni menambah, selain mahu lihat anaknya gembira, dia juga tidak mahu hubungan bapa dan anak yang dimiliki rengg4ng.

“Sebenarnya, ibu bapa mana yang tidak mahu buat yang terbaik untuk anak-anak? Dengan anak ni, kita jangan pvtus asa untuk memberi nasihat, tidak kiralah sampai dia dah kahwin dan memiliki anak serta cucu.

“Saya dengan keluarga sendiri tidak berapa mesra. Bila dah tua, mak ayah dan beberapa adik beradik dah men1ngg4l dvnia, rasa sunyi datang men3rpa. Jadi, saya cuba sedaya upaya untuk sentiasa berada dekat dengan anak-anak saya,” ujarnya.

Ditanya adakah Jasni menerima g4dis itu sebagai menantu jika ditakdirkan berjodohan dengan anak sendiri, Jasni yang bekerja sebagai pemandu peribadi berkata: “Kalau dah jodoh, saya okay sahaja. Kalau anak saya rasa ia satu hal yang baik, saya turutkan,” tutup Jasni.

Komen Netizen:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak/https://www.sinarviral.kini.blog/