Bekas isteri Da’i Farhan yang dikenali sebagai Dr. Erin memberi bayangan dia kini sudah pun berkahwin selepas berpisah dengan pendakwah bebas itu pada 27 April 2020.
Dr. Erin atau nama sebenar, Noorainul Naqim Mohd Radzi bersyukur kerana dia sudah mula mengecapi kebahagiaan.
“Tiada kata-kata yang mampu diucapkan.. Hanya syukur…Alhamduilah atas semua nikmat yang dianugerahkan..
“Alhamdullillah Ya Rabb sang pemilik hati yang meminjamkan hati seorang hambaMu yang bernama ‘DiA’..
“Tak pernah rasa obsess dengan seseorang macam ni aihh haha..
“Baru faham awat dia buat akak model gallery handphone dia.. Betul la orang cakap kejarlah cinta sang pemilik cinta pasti kamu bisa memiliki hati yang terbaik untuk kamu,” tulisnya.
Dr Erin berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri tersebut dia didakwa memuat naik foto pasangannya, namun telah memudarkan wajahnya.
Dalam pada itu, Dr Erin bersyukur kerana dia kini dikurniakan suami yang banyak membantu dalam kehidupannya.
“Terima kasih wahai kekanda yang sentiasa ada menemani adinda walaupun jauh di mata tapi tetap diminda, sentiasa memberikan kaki dan tangan untuk akak ni haaa..
“Ishh la dah tua tua baru nak rasa ada suami yang berfunction..I always pray & will fight for u if I need to do so to remain u in my life here after..
“I won’t let u go for any reason except God’s ultimate will..,” tulisnya lagi.
Kemas kini itu mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberikan ucapan tahniah.
Terdahulu, Dr Erin yang merupakan seorang ibu tunggal yang memiliki lapan orang anak serta sudah beberapa kali kahwin mencuri tumpuan warganet apabila bernikah dengan Da’i Farhan di Tanah Suci Makkah sebagai isteri kedua sebelum bercer4i pada 27 April 2020.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Gempak