Elfira Loy tak sangka kunjungannya bersama suami dan anak ke Aquaria KLCC baru-baru ini memenatkan sungguh.
Kata Elfira dia terpaksa beratur panjang walaupun dah beli tiket awal.
“Kami pergi ke Aquaria. Saya tak faham kenapa selepas beli tiket, pastu kena beratur pula nak ambil ‘time slot’. Lepas tu kena beraturlah 3 jam ke 2 jam ke nasiblah baru boleh masuk. Saya kesian dekat orang yang jauh datang bawa anak, nak masuk ‘last-last’ duduk tersadai tepi-tepi ‘waiting to go in’,” luahnya melalui IG Story.
Tambah pelakon ini, dia juga berasa sesak nafas selepas masuk ke dalamnya.
Ini disebabkan terlalu ramai orang dan memakai pelitup muka setiap masa membuatkan dirinya lem4s.
Elfira tak puas hatui dengan perkhidmatan di situ disebabkan pengunjung harus beratur panjang semata-mata untuk memilih slot masa dan menunggu lama untuk masuk ke dalamnya.
“Siapa yang dah biasa pergi atau nak dating kat Aquaria mungkin boleh relaks dulu. Bagilah dekat mereka yang jauh-jauh ni nak pi, sebab terlalu sesak jadi tak enjoy pun masuk dalam tu. Sesak, sesak nafas pakai mask lagi. Saya tak boleh tarik nafas. ‘Last-last’ jadi ‘double’ penat. Lepas menunggu masa tu baru dapat masukkan. Saya fikir mereka patut biar saja kami ‘book’ slot masa, jadi kita tak perlu tunggu berejam lagi. Tunggu sekejap tak apa, ni lama.”
Sementara itu Elfira menyatakan dia tak suka beratur lama berjam-jam untuk sampai ke depan kaunter dan berharap agar pihak yang bertanggungjawab dapat melakukan penambahbaikan.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
“Satu jam beratur nak sampai ke kaunter tu. Mungkin mereka boleh lakukan sesuatu mengenai isu ini di masa akan datang.”
Kesian Elfira, sudahlah sedang mengandung. Lain kali pergilah tempat yang lebih privasi ya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : https://b.cari.com.my/