Ryzal kelam kabut nak sambut kelahiran anak sulung, terlanggar side mirror dua buah kereta

SETELAH dua tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan Instafamous suami-isteri dari Malaysia dan Korea Selatan menyambut kelahiran anak sulung mereka jam 6.27 petang Rabu.

Menerusi satu perkongsian Instagram yang dibuat oleh si isteri, Maryam You Narae, 28, dia meluahkan rasa bersyukur dan mengucapkan terima kasih atas doa yang diterimanya.

Rata-rata warganet mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut atas berita kelahiran yang dikongsikan pada Khamis.

Bercakap kepada mStar, Ryzal Nik Ibrahim, 29, berkata dia kini berasa lebih bertanggungjawab setelah bergelar bapa kepada bayi perempuan yang diberi nama Rina.

Tambahnya lagi, dia amat bersyukur apabila Maryam selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka itu secara normal, di sebuah h0sp1tal swasta di ibu negara.

“Walaupun sebelum ni Maryam mengandung, tapi tak rasa lagi macam seorang bapa sebab tak nampak lagi bayi lahir. Tapi semalam bila anak kami keluar sahaja dari rahim Maryam, tiba-tiba air mata saya jatuh.

Maryam mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mendoakan dirinya dan bayi.

“Saya tak fikir apa pun, cuma rasa tersentuh dan tak percaya sudah menjadi bapa kepada seorang cahaya mata perempuan.

“Banyak perkara yang saya kena belajar mulai sekarang dan mungkin ini adalah petanda untuk menjadi lebih matang,” ujarnya ketika dihubungi.

Lebih mesra disapa Ryzal, dia bersyukur kerana proses kelahiran tersebut dipermudahkan Allah dan kedua-dua ibu serta bayi berada dalam keadaan yang sihat.

Ryzal juga sempat bercerita bagaimana dia panik terpaksa meredah trafik yang sesak ketika dalam perjalanan untuk ke h0sp1tal semula setelah pulang mengambil barang bayi yang tertinggal di rumahnya di Mont Kiara.

“Doktor kata biasanya selepas bukaan dua sentimeter akan ambil masa dalam empat hingga tiga jam untuk berubah, jadi saya pun balik ke rumah sekejap untuk ambil kain pembalut bayi.

“Bila dah dekat rumah, satu jam selepas itu Maryam telefon beritahu bukaan dah sembilan sentimeter. Cepat-cepat saya gerak semula ke h0sp1tal dengan jalan sesak lagi, sampai tak sengaja terl4ngg4r side mirror dua buah kereta.

Tapi saya pun tak boleh la nak serahkan 100 peratus pada orang luar untuk menguruskan semuanya.

NIK MUHAMMAD RYZAL NIK IBRAHIM

“Saya nak minta maaf sangat-sangat kepada pemilik kereta tersebut kerana terlalu kelam kabut ketika itu sebab Maryam dah nak bersalin.

“Alhamdulillah saya sempat sampai di h0sp1tal dan Maryam masih tengah push,” ujarnya dengan nada teruja.

Sementara itu berkongsi tentang persediaan berpantang isterinya, Ryzal juga berkata dia perlu belajar memasak masakan Korea untuk dihidangkan kepada Maryam.

“Kami dapat sponsor daripada sebuah syarikat yang akan menghantar confinement lady selama 44 hari berpantang.

“Tapi saya pun tak boleh la nak serahkan 100 peratus pada orang luar untuk menguruskan semuanya.

Ryzal mengakui berrasa lebih bertanggungjawab selepas bergelar seorang bapa.

“Saya kena belajar juga macam mana nak sediakan lauk berp4ntang, sebab makanan Maryam ni makanan Korea. Orang kita tak tahu sangat nak masak lauk mereka macam mana.

“Jadi saya kena belajar cara macam mana nak masak sup seaweed dan hidangkan untuk dia setiap hari,” katanya.

Untuk rekod Ryzal dan Maryam yang popular dengan saluran YouTube Duriankimchi berkahwin pada 16 Ogos 2019, di Masjid Itaewon, Seoul di Korea Selatan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar