PETALING JAYA – Usahawan k.ontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman menceritakan keadaan sebenar yang berlaku sehingga dia terpaksa melarikan diri ke Thailand.
Menerusi perkongsian video live di Facebook bersama pelawak terkenal Harith Iskander sebentar tadi, beliau mendedahkan kronologi perjalanannya yang dibaca semua orang ramai adalah tidak betul.
Sebelum ini, nama usahawan k.ontroversi, hangat diperkatakan selepas dia dilaporkan dit.ahan pihak imigresen Thailand di Bangkok selepas pihak berkuasa Malaysia memberikan maklumat mengenai kebeberadaannya.
PDRM kemudian menerusi satu kenyataan mengesahkan penangkapan Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman disana kerana memiliki pasport yang tidak sah.
PDRM dalam masa sama turut memaklumkan sedang dalam sesi rundingan bersama kerajaan Thailand untuk membawa pulang dimana dia turut dikehendaki kerana bers.abit S.eksyen 9 Di bawah S.ekysen 186 K.anun Kes.eksaan kerana menghalang penjawat awam dan Seksyen 353 K.anun Kes.eksaan kerana menggunakan kek.erasan j.enayah bagi men.akutkan penjawat awam dari menjalankan kewajipan.
Tidak Benar
“Apa yang diberitahu oleh orang ramai adalah tidak benar, perjalanan saya sehingga menyebabkan saya lari semua itu s.alah,” jelasnya.
Menurutnya, dia mula berfikir untuk menyelamatkan diri apabila dia menerima tekanan yang luar biasa dari pihak-pihak tertentu sehingga menyebabkan kem.urungan.
“Saya mengalami kem.urungan yang amat sangat apabila banyak tekanan yang saya terima, sehingga saya terpaksa mengambil ubat dan mengikuti r.awatan m.ental.
“Saya mula berfikir untuk selamatkan diri sendiri apabila jika didapati bers.alah mesti akan ditempatkan di p.enjara lelaki dan ketika itu saya terpaksa tinggalkan segala-galanya termasuk anak sendiri,” katanya.
Sebelum ini beliau pernah did.akwa dengan dua pertuduhan oleh Jabatan Agama Islam Selangor JAIS kerana berpakaian seperti wanita dan memuat naik gambar yang tidak sopan di laman sosial Instagram miliknya.
Nut Sajat (kanan) ketika menjawab pertanyaan Harith Iskander (kiri)
T4kut masuk penj4ra lelaki punca Sajat lari
Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau Nur Sajat mendakwa kerajaan Arab Saudi membenarkannya mengerjakan umrah seperti seorang wanita.
Nur Sajat memberitahu, dia tidak pernah didiskriminasi di Tanah Suci Mekah semasa menunaikan ibadah umrah.
“Sampai sahaja saya di sana, memang di pasport tertera menyatakan saya sebagai seorang lelaki tetapi saya lampirkan bersama surat yang menyatakan saya sudah tukar jantina.
“Kemudian saya diminta untuk memakai hijab dan pergi ke bahagian wanita bagi menunaikan umrah,” katanya dalam prorgam ‘What’s Going On Malaysia?’ yang dihoskan pelawak tanah air, Harith Iskander secara ‘Live’ di Facebooknya sebentar tadi.
Jelasnya, proses ibadah tersebut juga berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah yang timbul.
“Perjalanan saya dalam mengerjakan umrah sangat dipermudahkan, yelah kita ke sana untuk mendekatkan diri kepada Tuhan.
“Alhamdulillah saya dapat melakukan sebanyak dua kali ibadah umrah sepanjang tempoh saya berada di sana,” ujarnya.
Kredit : Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.