Tak Boleh ‘0rder’ Di Kaunter Drive-Thru, Wanita 0KU Kecew4 Hak Diketepikan

Orang Kelainan Upaya (OKU) biasanya akan mengalami sedikit kesukaran dalam melakukan aktiviti harian. Namun begitu, ia bukanlah satu halangan buat mereka kerana sudah terbiasa melakukan extra usaha agar dapat bertindak sama seperti manusia normal.

Akan tetapi, ada beberapa kekangan yang mereka perlu meminta pertolongan daripada orang sekeliling bagi memudahkan urusan. Hal ini samalah seperti perkongsian seorang wanita OKU kategori pek4k dan b1su apabila mengalami kesukaran ketika berada di kaunter drive-thru sebuah restoran makanan segera.

Dalam muat naik video yang dibuat @aira_meor, dia telah menzahirkan rasa kecew4 apabila haknya diketepikan ketika mahu membuat pesanan.

Menurutnya, dia berasa kecew4 kerana sebelum ini dia pernah membuat pesanan melalui drive-thru juga dan dilayan dengan baik oleh staf bertugas.

Namun untuk kali kedua, dia melakukan hal sama di lokasi yang sama tetapi staf tidak dapat membantu walaupun sudah menunjukkan menu yang ingin dipesan.

Lebih menyedihkan, dia perlu ke kaunter di dalam restoran tersebut untuk membuat pesanan. Berasa haknya dinafikan, dia tidak masuk semula ke restoran itu kerana benar-benar kecew4.

Jadi, dia menyarankan agar restoran makanan segera tersebut menaiktaraf perkhidmatan agar ‘mesra OKU’ sepertinya kerana ia sangat menyusahkan mereka yang pek4k dan b1su ketika mahu membuat drive-thru.

Wanita berkenaan juga dilihat seb4k ketika menceritakan kejadian tersebut dan videonya juga telah dikongsikan di media sosial yang lain seperti Twitter sehingga mendapat perhatian ramai.

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah men1ngg4lkan komen menyokong wanita OKU itu dan setuju dengan saranannya supaya pihak restoran menaiktarafkan kemudahan buat golongan seperti mereka.

Memang ramai yang lalui pengalaman sama

Staf kena belajat bahasa isyarat basic

Dah sampai masanya ada perubahan dalam sistem

Malaysia memang masih kurang alert dengan OKU

Pihak restoran dah beri respon

Walau bagaimanapun, pihak restoran makanan segera itu telah memohon maaf diatas ins1den yang terjadi kepada @aira_meor. Pihak mereka berjanji akan mengambil tindakan untuk perkara tersebut.

Pengguna TikTok itu juga turut mengucapkan terima kasih kepada warganet diatas sokongan dan berharap agar bahasa isyarat diajar di sekolah pada masa hadapan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: TikTok @aira_meor