“Minta tolong datuk seri (Najib), kami nak duit lam sum KWSP RM10,000,” jelas salah seorang pengikut Facebook bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ahli Parlimen Pekan itu turut menaikkan status berkata, ada rakyat yang berasa kecewa dan ada yang berterima kasih. Ada yang mar4h juga kerana penyampaian (Bajet 2022) kurang jelas.
“Tengah hari atau petang Isnin ini free? Saya akan berucap di Parlimen. Tak apa. Luahkan kat sini juga.
“Saya baca. Saya kumpul. Saya suarakan di Parlimen. Di mana baik, kita sokong. Di mana kurang, kita betulkan. Di mana zalim, kita lawan,” jelas Najib.
Menjengah di ruangan komen, ternyata ramai yang meminta untuk Najib mengenengahkan isu pengeluaran duit sebanyak RM10,000 melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
“Kami mahu KWSP benarkan pengeluaran i-Bunga RM10,000 ‘lump sum’ tanpa syarat,” jelas Hussaini Amran.
“Datuk Seri Najib Razak tolong la kami suarakan pengeluaran KWSP dan cadangan DSN mengenai skim i-survive saya mengharap sangat semalam ada disebut mengenai cadangan ni.Tapi tak dilaksanakan kerajaan Keluarga Malaysia.
“Bersuara la Datuk Seri untuk kami hanya Datuk Seri sahaja yang faham dan sentiasa peka terhadap rakyat, hutang kami masih banyak tertunggak Datuk Seri,” jelas Mohd Nizam.
“Terbaik DSN banyak yang tak betul. M40 dipinggirkan, penjawat awam dapat one-off, swasta macam mana pulak? Sekurang-kurangnya lulus la i-Citra one-off. Kita tunggu DSN suarakan di Parlimen,” kata Muralitharan Ramachandran.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
Sumber:Kosmo Online!