Anak Azhar Sulaiman T4yang Perbelanjaan Bulanan Pula

Zaman ini, aplikasi TikTok mendapat banyak sambutan oleh masyarakat di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia.

Baru-baru ini, antara trendyang sedang hangat di TikTok ialah merakam video cabaran menunjukkan perbelanjaan bulanan seseorang kepada khalayak ramai.

Anak perempuan kepada pelakon terkenal Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona turut tidak ketinggalan mencuba cabaran berkenaan.

Namun begitu, video itu telah mengundang reaksi pelbagai pihak sehingga ada yang menyifatkannya sebagai sesuatu yang tidak elok dan seolah-olah Leona tidak sensitif dengan situasi semasa.

Ekoran itu bagi menjernihkan keadaan, remaja berusia 18 tahun itu tampil memberi penjelasan berkenaan video yang dikongsinya itu di laman sosial Twitter miliknya.

“Saya dah ulang ni banyak kali, duit itu adalah 100% hasil dari titik peluh saya sendiri dan ibu bapa saya tidak beri saya duit belanja dah.

“Saya rasa tidak perlulah saya menjelaskan tentang perbelanjaan saya malah, bukan saya yang memulakan trend TikTok tersebut,” tulisnya dalam posting di Twitter.

Di samping itu, Leona turut memohon maaf sekiranya ada pihak yang terguris hati saat melihat video TikTok tersebut.

“Saya mengaku yang TikTok saya mungkin tidak kena/tidak sensitif dan saya meminta maaf tentang itu.

“Saya dah memadamnya semalam setelah sedar dan ya jika kamu berasa tidak selesa dengannya, saya minta maaf,” tulisnya lagi.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Leona supaya usah pedulikan komen-komen berbaur negatif daripada netizen lain yang hanya tahu menghukvm seseorang.

Manusia akan sentiasa menghukvm

Awak kaya dan semua tu duit sendiri

Tak malu ke persoalkan punca pendapatan seseorang

Biarkan mereka, bukan salah awak

Terdahulu, aplikasi yang menggabungkan lagu dan video itu menjadi satu ‘kegilaan’ apabila pengguna boleh berkongsi kreativiti selain mengikuti trend serta cabaran baru.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: Twitter Kasih Iris Leona