Umur Cecah 50 Tapi Body Kekal Remaja! Nasha Aziz Jadi Perhatian Di KLFW 2021

Selebriti dan fesyen memang tidak dapat dipisahkan. Tidak perlu melihat jauh sehingga ke bumi Hollywood, lihat sahaja selebriti tanah air kita.

Acap kali memenuhi undangan ke majlis-majlis glamor, setiap seorang dalam kalangan mereka pasti akan menggayakan busana mewah yang terdiri daripada pelbagai warna serta perincian. Ada yang sofistikated, ada yang elegen, ada yang ringkas, bahkan ada juga kelihatan unik dan hampir pelik.

Baru-baru ini, sebuah acara peragaan fesyen dilangsungkan selama 1 minggu di pusat beli belah ternama Kuala Lumpur. Dikenali sebagai Kuala Lumpur Fashion Week 2021 (KLFW 21), ramai artis dan personaliti terkenal seperti Dato Siti Nurhaliza dan Azfar Heri turut hadir menyokong hasiltangan para pereka fesyen tempatan.

Sepanjang majlis itu berlangsung, peragaan hari terakhir ternyata telah menarik perhatian warganet apabila tibanya giliran pakaian direka oleh Rizman Ruzaini dipamerkan.

Pereka terkenal ini telah memilih model-model ‘otai’ seperti Nasha Aziz, Amber Chia, Tinie, Tengku Azura dan Deborah Henry untuk memperagakan busana rekaannya.

Meskipun sudah mencecah umur 50 tahun. pelakon wanita yang masih menawan persis anak dara itu hangat menjadi bualan ramai.

Penampilan Nasha Aziz yang mengenakan pakaian serba merah berjaya memukau mata netizen sepanjang dia berada di atas pentas itu. Langkah catwalk penuh confident juga membuatkan dia nampak sangat gorgeous.

Sejak dikongsikan, kedua-dua video ini ditonton oleh ramai pengguna TikTok. Meninjau ke ruangan komen, mereka amat teruja melihat kesemua model legend kegemaran masing-masing masih lagi kelihatan menawan ketika beraksi di atas pentas peragaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook 

Sumber : https://www.malaysiatimes.news/