Aktres Sharifah Amani akhirnya mended4hkan dirinya sudah menjadi tunangan orang.
Adik kepada Sharifah Aleya itu melangsungkan pertunangan dengan lelaki pilihan hatinya pada 24 Jun lalu di kediaman keluarga di Kuala Lumpur.
Menerusi hantaran di Instagram, Amani turut berkongsi sekeping gambar yang memaparkan cincin di jari manis sekali gus wajah mengesahkan mengenai status terkini dirinya.
Malah, kapsyen ringkas tetapi penuh makna membuatkan ramai rakan artis dan peminat tumpang gembira.
“Jujur, saya amat berdeb4r kerana mengenali diri ini memang kisah peribadi antara yang bukan saya j4ja selama bergelar anak seni. Tapi, saya akur, perjalanan hidup manusia juga akan bertemu t1tik bahagia.
“Tiada istilah saya mahu menyembunyikan kebahagiaan yang sedang diteroka ini. Saya percaya, hal bahagia ini juga berhak dikongsi. Justeru, saya kongsi sedikit hari ini,” katanya.
View this post on Instagram
Pemenang trofi Aktres Terbaik, Festival Filem Malaysia (FFM) Ke-19 menerusi filem Gubra ini bagaimanapun belum bersedia mended4hkan identiti tunang meski akui bakal melangkah ke gerbang perkahwinan tahun ini juga.
“Nanti masa nikah, saya bersedia berkongsi identiti bakal suami. Sekarang ini, biarlah rahsia dulu.
“Yang pasti kami sudah kenal sejak empat tahun lalu. Saya selesa mengenalinya,” katanya lagi.
Foto: Instagram Sharifah Amani
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH