Ini Komen Syamsul Yusof Tentang Video Yang Tul4r Bersama Kazar Di Kedai Emas

Pengarah Syamsul Yusof sekali lagi mencvri perhatian selepas sepotong video yang membabitkan dirinya bersama rakan pelakon, Kazar Saisi di sebuah kedai emas tul4r di Tik Tok, sejak semalam.

Menerusi video itu, Syamsul dan Kazar dikatakan bekerjasama terbabit dalam ‘content’ untuk mempromosikan emas di sebuah kedai emas yang terletak di luar ibu kota.

Kazar merupakan bapa kepada wanita dikenali sebagai Ira yang kini hang4t kerana didakwa terkait susulan kontr0versi rumah tangganya bersama pelakon, Puteri Sarah Liyana.

Lalu, rata-rata meninggalkan komen pelbagai terhadap video yang dikongsikan di dalam platform Tik Tok itu.

Sementara itu menerusi Harian Metro, pengarah berusia 37 tahun itu hanya menjawab ringkas tiada komen menerusi kiriman WhatsApp daripadanya berhubung perkara itu.

“No komen. Ini lah komen saya,” tulisnya ringkas.

Malah, peguam kepada pelakon Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader pula dipetik akan meniliti rakaman video tul4r tersebut.

Akberdin berkata, sekiranya rakaman terbabit didapati melanggari perintah interim injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen pada 24 Jun lalu terhadap Ira serta pihak berkaitan, pihaknya akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Saya baru difahamkan mengenai klip video itu tapi pihak kami akan menelitinya terlebih dulu. Saya enggan menghakiminya pada peringkat ini kerana kami perlu ‘study’ dulu sama ada dia (Ira Kazar) mel4nggari perintah interim injuksi ini.

“Selepas itu barulah kita akan membuat rumusan jika perkara ini mempunyai kaitan dengan pengh1naan sebab interim injuksi ini bukan setakat kepada Ira seorang saja, tapi ejen-ejen serta pihak yang mempunyai kaitan dan jelas bapa dia mempunyai kaitan dengannya.

“Kalau kita rasa ada pel4nggaran perintah mahkamah dan barulah pihak kami akan mengambil tindakan selanjutnya,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah didakwa dil4nda masalah disebabkan kehadiran orang ketiga. Puteri Sarah juga mengakui dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan Syamsul.

Sekadar info, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber: Harian Metro

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook