Pengarah muda dan Youtuber terkenal, Syahmi Sazli, akhirnya kembali membuka jualan air balang ‘viralnya’ bermula semalam di pekarangan rumahnya.
Menerusi perkongsian di laman Facebooknya semalam, Syahmi berkata, bagaimanapun jualan air balang tersebut hanya untuk lima hari sehingga Jumaat ini sahaja.
Jelas Syahmi, jualan itu pula dibuka untuk tempahan menerusi khidmat ‘runner’ (penghantar) yang telah dilantik dan pelanggan perlu membuat pembelian melalui mereka.
“Mi buka tempahan untuk runner sahaja kerana tiada kedai lagi, kami beroperasi depan rumah mi sahaja.
“Kalau mi buka untuk pelanggan datang beli di sini (rumah) memang tak muat untuk beratur kerana kawasan sempit,” katanya di Facebook.
Mengulas lanjut, Syahmi memberitahu, lebih 3,000 bungkus air terjual pada hari pertama pembukaan semula jualan air balangnya itu.
“Alhamdulillah, hari ini (semalam) lebih 3,000 bungkus air order dari runner, mi buka sampai 8hb (Jumaat) sahaja.
“Siapa nak order untuk esok, boleh order dengan runner. Harga air RM5, caj COD kena ‘deal’ dengan runner,”tulisnya.
Pada masa sama, Syahmi memberitahu akan membuat ‘roadtour’ air balangnya ke seluruh negara dan membuka beberapa francais (cawangan) pada masa akan datang.
Kosmo! Online pada 9 Jun lalu melaporkan selepas tiga bulan menjual air balang, akhirnya Syahmi terpaksa menamatkan operasi perniagaannya.
Walaupun berjaya memungut RM19,000 hasil jualan pada minggu pertama bulan ketiga operasinya, Syahmi terpaksa menutup sementara perniagaan bersama 15 orang pekerjanya itu atas beberapa faktor antaranya risau terambil parkir orang lain.
Komen netizen:
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Kosmo