Sesibuk mana pun seorang ibu, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Itulah yang diperhatikan oleh penulis ini, Bonda Nor apabila berkesempatan bertemu dengan pelakon, Puteri Sarah yang akan membintangi Drama adaptasi novel, Saya Tunggu Awak.
Beliau merupakan penulis novel tersebut. Kesempatan untuk bertemu dan melihat sendiri ketabahan Puteri Sarah memberi kesan mendalam buatnya yang juga bergelar ibu.
Kerana, ketika orang lain ada pilihan untuk meninggalkan anak-anaknya dengan pengasuh, semasa dia bekerja.
Puteri Sarah tidak memilih sebegitu. Sebaliknya, dia tetap bawa anak-anak bersamanya ke lokasi penggambaran. Anak-anak tetap ‘priority’ untuk ibu muda ini.
Ke Lokasi Drama Saya Tunggu Awak
Puteri Sarah Liyana. Heroin drama yang diadaptasi daripada novel saya yang berjudul SAYA TUNGGU AWAK.
Masa kami sampai, dia tengah shooting. Tampak dia menekuni wataknya dan cuba mengikut arahan pengarah. Saya tunggu saja dengan sabar.
Usai shooting scene tersebut, producer maklumkan padanya kehadiran saya.
Tapi saya lihat dia terg0coh-gac4h mendapatkan dua orang anaknya. Mendukung, memujuk. Ragam anak kecil, biasalah.
Saya juga biasa membawa anak kecil ketika bekerja, memang faham sangat. Letih nak cuba fokus kerja sambil kena fikir segala keperluannya.
Saya biasa bawa seorang pun sudah terasa letihnya. Dia urus dua! Dua orang anak-anak kecil yang sedang aktif.
Saya ibu yang sudah banyak pengalaman pun kadang kalvt juga. Dia cuma seorang ibu muda yang masih cetek ilmu dan pengalaman!
Allahu, saya mampu memahami kepayahannya!
Puteri Sarah, Lembut Saja Orangnya
Pihak produser memanggil-manggil lagi namanya, untuk dipertemukan dengan saya.
Sambil mendukung si anak, dia pantas datang mendapatkan kami. Saya serahkan bunga buatnya.
Tampak wajahnya seperti gelisah memikirkan rengek si anak, tapi tetap juga bibirnya tersenyum mesra.
Diajak bergambar, dia ikutkan saja. Ditanya sepatah dua, dia tetap menjawab dengan mesra.
Ya, lembut saja orangnya. Sentiasa tersenyum. Tiada riak kesomb0ngan langsung walaupun dia – selebriti yang punya 1.4 juta followers!
Usai melayani kami, saya lihat dia mendukung anak perempuannya dengan tangan kanan, anak lelakinya dipimpin dengan tangan kiri, menuju ke tandas.
Sekejap lagi, dia sudah datang kembali, sudah bertukar baju, sedia untuk melakonkan scene seterusnya.
Ralit Melayani Tingkah Anak-anaknya
Namun, sebelum scene bermula, ketika krew dan pelakon lain sibuk bersembang, dia terus ralit melayani tingkah anak-anaknya. Subhanallah!
Saya tahu isu keret4kan rumah tangganya ketika itu, lalu satu hal terdetik di hati, rasa kagum pada ibu muda ini.
‘KUAT SEMANGAT AWAK, SARAH! KUAT SEMANGAT AWAK MEMBESARKAN SENDIRI ANAK-ANAK INI WALAUPUN TANPA SUAMI DI SISI. AWAK BOLEH TINGGALKAN PADA PENGASUH, TAPI TAK. BUKAN ITU PILIHAN AWAK. AWAK USUNG JUGA MEREKA KE SANA SINI. DALAM KESIBUKAN AWAK, TETAP JUGA AWAK MAHU MELUANGKAN MASA BERSAMA ANAK-ANAK.’
Sungguh, rasa kagum saya bercampur seb4k!
Hari ini, saya dapat tahu dia memfailkan satu sam4n setelah 4 tahun dia cuba bersabar dan terus bert4han. Saya melihat video penjelasannya dan kali ini, air mata saya tumpah.
“Sarah terpaksa lakukan ini demi maruah, demi anak-anak Sarah.”
Allahu Akbar.
Doa Untuk Ketabahan Puteri Sarah
Dia seorang ibu yang setia berjvang untuk anak-anaknya. Lalu saya mendoakan keadilan buatnya, juga yang terbaik buat rumah tangganya.
Saya tidak pernah minat ambil tahu atau masuk campur mana-mana k0nflik dan gossip artis itu ini, tapi kerana antara sisi perjuangan wanita ini pernah berlaku di depan mata saya, maka saya terpanggil untuk menyatakan sokongan terhadapnya.
Stay strong, Puteri Sarah!
Sumber/Foto : Bonda Nor
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook