SIAPA sangka bermula dengan watak kecil sebagai kanak-kanak pemegang bunga manggar dalam filem Maria Mariana pada 1996, pengarah box-office, Syamsul Yusof menunjukkan minat dalam dunia perfileman.
Bangga dengan kejayaannya, penerbit dan bapa Syamsul, Datuk Yusof Haslam menyifatkan anak lelakinya itu sebagai seorang yang memiliki imaginasi tinggi selain faham dengan selera penonton.
Justeru kata Yusof, tidak hairan filem terbarunya, Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan berjaya mendapat kutipan tertinggi dalam sejarah perfileman tempatan iaitu mencecah RM71 juta dalam tempoh hanya tiga minggu ia ditayangkan.
Syamsul faham kehendak penonton dalam menghasilkan filem.
“Sejak kecil lagi Syamsul sudah dided4hkan dengan cara kerja pembikinan filem. Dia banyak ikut saya ke lokasi penggambaran suatu masa dahulu.
“Syamsul seorang yang bijak bermain dengan imaginasi dan dia dapat tangkap apa kehendak penonton. Selain itu, kreativitinya juga berbeza dan dia telah membuktikan dalam filem-filem arahannya.
“Meskipun dia tidak bekerja di bawah syarikat produksi saya, tetapi syabas saya ucapkan dan Syamsul telah melakukan kerja dengan ikhlas dan cemerlang,” katanya kepada mStar.
Yusof bangga dengan pencapaian anaknya.
Filem terbitan Kembara Studio Sdn Bhd itu menampilkan barisan pelakon seperti Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairy, Johan As’ari, Ali Karimi, Khir Rahman, Wan Hanafi-Su dan Yayan Ruhian.
Syamsul sebelum ini juga pernah menghasilkan filem-filem box-office seperti Munafik 2 dengan kutipan RM37 juta, Munafik (RM17 juta) dan KL Gangster (RM11 juta).
Sebagai seorang berpengalaman dalam pembikinan filem, Yusof berkata, dia juga tidak pernah jemu memberi nasihat kepada Syamsul meskipun ada ketikanya berlaku perselisihan faham di antara mereka.
Saya harap semoga Syamsul terus merendah diri
DATUK YUSOF HASLAM
PENERBIT
Yusof berkata, dia berharap anak k3sayangannya itu terus merendah diri meskipun sudah dikenali sebagai pengarah tersohor selain menghasilkan lebih banyak filem bermutu pada masa akan datang.
“Saya sentiasa pantau hasil kerjanya. Perselisihan faham itu bagus kerana kita boleh bertukar-tukar pendapat. Sebagai orang lama, saya amat mementingkan sensitiviti dan mengikut garis panduan yang ditetapkan.
“Syamsul telah membuka satu lembaran baru dalam industri perfileman tempatan dan selepas ini biarlah dia teruskan legasi Skop Production bersama adiknya, Syafiq Yusof.
Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan cipta sejarah dengan nilai kutipan tertinggi.
“Saya harap semoga Syamsul terus merendah diri. Segala yang berlaku adalah izin Allah dan jika ada yang mengkritik, biarlah. Sambutan penonton telah membuktikan bahawa mereka menghargai karyanya,” katanya yang turut kagum dengan pencapaian ditunjukkan Studio Kembara.
Bukan itu sahaja, dia juga amat berbesar hati dengan sokongan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) atas sokongan yang diberikan.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : mstar