Ini Kenyataan Pihak Polis Tentang Kehilangan Bekas Personaliti TV3 Zalina Azman Sejak November 2021

Bekas pembaca berita sebuah stesen televisyen, Zalina Shaharah Azman atau lebih dikenali sebagai Zalina Azman dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.

Namun begitu, bekas personaliti TV3 era 90-an itu yang dilaporkan hilang masih tidak dapat dijumpai walaupun segala usaha mencari telah dilakukan.

Zalina Azman hilang sejak tahun lepas

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pihaknya menerima laporan daripada keluarga Zalina, 58, berhubung kehilangannya itu pada 29 November tahun lalu.

Dalam laporan tersebut, anak Zalina iaitu Mikhael Norman mend4kwa telah cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu (bapa Zalina) dimasukkan ke hospital namun gagal.

“Dalam laporan itu, anak Zalina cuba mencari dan menghubungi ibunya sejak 24 November bagi memaklumkan datuk dimasukkan ke hospital namun gagal.

Menurut sumber, pada 29 November lalu, pengadu bersama bapa saudaranya telah pergi ke rumah bekas pembaca berita  TV3 itu dan mereka mendapati kereta wanita itu berada di tepi rumah.

“Pada 29 November, anaknya dan bapa saudara datang ke rumah ibunya di Seksyen 3 dan mendapati kereta ibunya berada di tepi rumah.

“Pengadu mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun, turut ditemui beg duit milik ibunya yang mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, kunci kereta serta wang tunai RM600.

“Bagaimanapun ibunya tidak dijumpai. Segala usaha mencari sudah dijalankan namun gagal menemui m4ngsa,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Laporan kehilangan Zalina Azman

Justeru itu Mohd Iqbal berkata, pihak polis membuat hebahan berkaitan kehilangan m4ngsa kepada umum bagi membantu siasatan kes terbabit.

Di dalam maklumat hebahan sama, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam menyiarkan gambar Zalina serta maklumat mengenai fizikalnya iaitu berkulit hitam manis, bertubuh kecil dan kurus dengan ketinggian 158 sentimeter.

Menerusi hebahan itu juga, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh memaklumkan kepada Pegawai Penyiasat Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-5519 4622.

Sementara itu, Senator Datuk Ras Adiba Mohd Radzi dan Datuk Aznil Nawawi menerusi Instagram turut berkongsi perkara berkaitan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Ras Adiba Radzi (@rasadibaradzi)

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Datuk Aznil Hj Nawawi (@aznilnawawihm)

Sumber: Harian Metro, Facebook Polis (IPD) Shah Alam

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: MH, Ohbulan