Selebriti dan usahawan popular, Neelofa mengakui terkejvt dan terharu apabila masih ada jenama fesyen dunia yang mahu bekerjasama dengannya meskipun penampilannya sudah berbeza.
Memetik Media Hiburan, Neelofa berkata dia percaya dengan hubvngan kerjasama dan sambutan dalam kalangan pengguna akan membawa kepada kolaborasi yang berterusan.
“Terkejvt juga apabila ada jenama yang masih sudi untuk bekerjasama. Namun, saya sendiri faham sekiranya mereka risau atau takvt sesuatu produk itu tidak mendapat sambutan,” katanya.
Bagaimanapun, Neelofa berkata sekiranya mereka mahu menj4lin kerjasama dengannya lagi mungkin kerana jenama tersebut menerima kesan positif.
“Cuma bagi mereka yang pernah bekerjasama dengan saya lebih tahu. Misalnya kalau saya kongsikan di media sosial mengenai produk yang diberi, mungkin ada kesan positif bagi mereka dan kerjasama itu berterusan,” katanya.
“Dalam pada itu, Neelofa turut meluahkan rasa syukur apabila kebanyakan stesen televisyen dan produksi kini lebih bersifat terbuka.“
Saya rasa syukur dan bangga pada masa yang sama sebab di sisi lain, ia juga satu ruang dakwah. Maksudnya mungkin yang lihat akan lebih tahu mengenai penampilan seseorang wanita muslimah.
“Malah saya lebih rasa tersentvh apabila stesen televisyen masih mahu menerima saya seadanya. Misalnya program Nona bulan lalu selain projek terbaru saya dengan Astro,” katanya.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: MH