PU Amin Tampil Jelas Hukum Sebenar Jual Beli Ced0k-ced0k Di Tiktok

Sejak kebelakangan ini, ramai dalam kalangan pengguna media sosial mula mengikuti trend vir4l dengan menjual pelbagai jenis barangan seperti kosmetik, gula-gula dan kerongsang menggunakan cara ‘ced0k-ced0k’.

Menerusi kaedah tersebut, si penjual akan menced0k barangan jualan mengikut jumlah yang dibayar pembeli secara rawak. Hal ini secara tidak langsung menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan netizen.

Ramai yang bertanya soalan berkenaan dengan jual beli trending masa kini. Orang jual guna kaedah jual beli ced0k ced0k secara live dekat tiktok atau Instagram story. Apakah hukumnya ya? Adakah sah jual beli tersebut?

Nampak bermula dengan barang kecil-kecilan seperti gula-gula, alat make up, alat kegunaan harian dan lain-lain. Ada yang maklumkan sudah ada yang ced0k-ced0k barangan emas.

Ada yang memberikan pendapat masing-masing, ada yang merujuk kepada yang arif. Bagi bab fekah, rujuklah kepada pakarnya. Bagi bab muamalat (jual beli) maka rujuklah kepada mereka yang pakar dalam bidang tersebut. Inshaa Allah, ada pencerahan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

Gambar hiasan

HUKUM JUAL BELI CED0K-CED0K

Hari ini penggunaan aplikasi TikTok bukan sahaja untuk berhibur, namun menjadi salah satu platform untuk penggunanya berniaga. Apatah lagi kini sudah ada TikTok Shop yang memudahkan lagi urusan jual beli menerusi aplikasi tersebut.

Bagaimanapun satu trend di TikTok hari yang mana penjual membuat siaran langsung dan menjual menggunakan cara satu cedok dengan harga tertentu. Susulan itu, Pencetus Amin jelaskan hukuman jualan secara teknik sebegini. Berikut adalah penerangan PU Amin mengenai hukuman jualan ceduk tersebut:

Perkongsian video PU Amin mengenai hukum trend niaga cedok di TikTok ini sangat jelas. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Akhirnya ada pun video pasal benda ni nak cakap dengan orang kita bukan pakar hehe”

“Ibarat main tangkap cekelat kat arcade. Kadang bayar token seringgit belum tentu dapat sama banyak dengan harga token. Jadi ada unsur kerug1an”

“Ya, saya ada tegur cakap ada unsur gh4rar sebab tak pasti apa yang dapat. Pastu orang dalam live semua kec4m saya”

“Cadangan saya kalau nak teruskan mungkin boleh guna penimbang untuk kepastian sebenar yang cust dapat”

“Tahniah ustaz. Keep tegur peniaga. Kadang2 diorang terbuat sebab tak tahu”

Vir4l trend ‘ced0k-ced0k’

Meskipun trend tersebut mendapat sambutan namun ramai dalam kalangan netizen mempersoalkan hukum jual beli tersebut sama ada ianya dibenarkan di sisi Islam ataupun tidak. Menerusi satu perkongsian di Facebook Muamalat.my, seorang individu mengajukan soalan tentang hukum jual beli ‘ced0k-ced0k’ yang menjadi trend masa kini.

Kiranya pembeli tak boleh pilih. penjual akan jual contohnya 1 ced0k barang makeup RM 80. Pembeli pun decide nak beli 1 ced0k. jadi penjual akan ced0kkan secara live 1 ced0k tersebut. Barang yang akan pembeli dapat nanti random apa yang diced0kkan oleh penjual tu.

Menjawab pertanyaan itu, kaedah tersebut dikatakan berunsurkan gh4rar iaitu wujud unsur ketikdakpastian maka hukumnya adalah har4m. Bukan itu sahaja, menurut Ibn Hajar al-Asqalani, kaedah tersebut merupakan salah satu bentuk jual beli jahil1ah.

Menjual dengan cara ini adalah sama seperti jual beli gh4rar yang dihar4mkan oleh Nabi SAW. Ia sama bentuk seperti jual beli al-mulamasah yang dihar4mkan kerana unsur ghar4r fahisy yang jelas. Rasulullah SAW telah melarang jual beli al-mulamasah dan al-munabadhah. (Sahih Bukhari dan Muslim)

Ghar4r ialah jual beli yang mana pembeli tidak dapat pastikan barangan yang akan diperolehi (mastur al-aqibah). Al-mulamasah adalah bentuk jual beli barangan seperti baju yang mana disentvh oleh pembeli dalam gelap tanpa melihat, dikira jual. Mulamasah juga jual beli yang berlaku ke atas mana-mana barangan, tanpa melihat secara terperinci, maka dikira jual. Dan tidak boleh lagi ada pilihan.

Hukum ‘ced0k-ced0k’ adalah har4m

Menurut sumber, ghar4r terbahagi kepada dua keadaan iaitu ghar4r wujud, yang mana struktur asas jual beli itu tidak dapat dipastikan barangan diperoleh atau tidak. Keduanya ghar4r al-siffah, iaitu ketidakpastian tentang produk jenis apa yang bakal diperolehi.

Ced0k-ced0k adalah sama sama dengan jual beli mulamasah yang mana jelas struktur asasnya jualan berbentuk ghar4r. Ini kerana apa yang akan diperoleh oleh pembeli belum pasti dan tiada sebarang aras minimum barangan yang boleh dipastikan untuk diperolehi.

Oleh hal demikian, orang ramai terutamanya umat Islam dinasihatkan supaya berhati-hati dan tidak sesekali terjeb4k dalam melakukan perkara har4m seperti ini. Hal ini kerana, amalan seperti ini tidak sepatutnya dijadikan satu perniagaan mahupun sebagai konten di media sosial.

Sumber: Muamalat.my, PU Amin

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: OhBulan, HCL