“Keluar Bersama, Jarang Sekali,” – Rupanya Wany Hasrita & Adib Jalani Percintaan Jarak Jauh

Penyanyi Wany Hasrita yang selamat diijabkabulkan  dengan lelaki pilihannya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, kira-kira jam 9.11 malam tadi dengan dua kali lafaz mended4hkan perhvbungan jarak jauh dijalani mereka dengan baik sebelum ini.

Terdahulu, Wany, 30, yang sebaya usianya dengan suami melangsungkan hari bahagia mereka di Glam Hall, Damansara Perdana, Selangor yang turut dihadiri ahli keluarga, rakan selebriti dan media.

Menurut Wany, Adib berasal dan terlibat dalam bidang penerbangan di Kuching, Sarawak.

“Kami okay saja ‘long distance relationship’ (LDR). Kami menjalani hvbungan ini macam biasa dan tak ada isu pun.

“Nak kata keluar bersama, memang jarang sekali. Sepanjang tiga tahun ini, boleh kira tak lebih 10 kali. Di IG memang tak pernah letak pun gambar dia. Yang tahu saja tahu,” katanya jujur.

Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah mula mengenai Adib sejak tahun 2010 namun hubungan mereka mulai akrab lebih tiga tahun lalu.

Ditanya penerimaan suami terhadap kerjaya dan status dirinya sebagai selebriti, Wany bertuah kerana si dia seorang yang memahami.

“Dia bukan jenis ‘kaki media sosial’. Disebabkan itu dia tak ambil tahu sangat. Lagu saya pun dia tak tahu banyak, jauh sekali soal gosip. Pendek kata, suami bukan seorang yang minat dalam industri hiburan.

“Alhamdulillah, dia menerima saya seadanya dan sangat baik. Malah Adib memahami kerjaya saya dan tak kacau. Cuma berpesan apa yang perlu dijaga, kena jaga.

“Pendek kata, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada saya untuk menjaga diri. Dalam masa sama, dia pun tahu siapa kawan-kawan saya, sebaliknya begitu juga saya,” katanya.

Terdahulu, pada majlis rahja sehari yang dihadiri kira-kira 300 tetamu itu, kedua mempelai sajak menerusi persalinan pereka Altelia Amani.

Sementara majlis k3syukuran bagi meraikan pasangan pengantin baharu ini akan diadakan pada 24 Julai depan di sebuah premis lokasi di Cheras, Kuala Lumpur.

Foto: WSVS.co

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH