“Kena Banyak Sabar, Tak Boleh Marah-Marah” Title Ibu Ubah Hidup Tasha Shilla, Syukur Suami Bantu!

Kemunculan Tasha Shilla selepas melahirkan anak pertamanya sama seperti sebelum berkahwin. Masih kekal cantik dan langsing biarpun sudah punya anak.

Rupanya kecantikan penerima Anugerah Best Mama Mellinial kali ini, Tasha Shilla disokong kuat oleh suaminya dalam segala hal.

Biarpun menjadi ibu banyak merubah hidupnya secara total namun kata Tasha, kunci kecantikan dalam diri adalah rasa keyakinan sambil disokong penuh oleh suami setiap masa.

Akui Tasha, selepas bersalin dia kembali fokus kepada menjadi k3sihatan diri namun kini terpaksa memberi ruang untuk bayi keduanya lahir tidak berapa lama.

“Saya sekarang memang tengok fokus untuk melahirkan anak kedua sebab sekarang ni pun dah trimester ketiga. Jadi memang nak buat preparation. Macam mana nak manage macam-macam hal untuk jadi ibu yang lebih baik lagi.

“Banyak yang saya belajar sejak ada anak ni dari segi pengorbanan masa, kerjaya, k3sabaran kena banyak bersabar, tak boleh marah-marah.

“Em0si kena kawal dan paling Tasha bersyukur Allah dah bagi kehidupan yang cukup baik untuk saya sekarang,”kata Tasha berkongsi.

Menjadikan Dr Sheikh Muszaphar sebagai idola keibubapaannya, Tasha sentiasa cuba memperbaiki dirinya untuk menjadi yang lebih baik buat anak dan suaminya.

“Buat masa sekarang saya just go with the flow dan saya selalu jadikan Dr Sheikh Mudzaphar Shukor sebagai idola dalam mendidik anak.

“Banyak juga yang saya belajar dari kawan-kawan, saudara mara yang dah ada banyak pengalaman dan buku-buku keibubapaan.

“Buat masa sekarang saya suka ded4hkan Raes macam-macam aktiviti dan kalau boleh saya nak ded4hkan dia dengan macam-macam aktiviti lebih-lebih lagi bersukan dan sebagainya.

“Kalau boleh nak tengok macam mana dia bersukan dan kemudian barulah kami nak tengok arah mana yang dia lagi suka.

“Sejak kecil lagi waktu dia tiga bulan kami selalu bawa dia jalan-jalan, tiap-tiap hari. Semuanya untuk pastikan dia dalam perkembangannya yang tepat,”kongsinya lagi.

Paling syukur suami banyak bantu

Ditanya mengenai sisi kecantikan dirinya walaupun sudah bergelar anak, kata Tasha suamilah orang yang paling banyak memberinya sokongan dalam segala segi.

“Memamg suami Tasha seorang yang paling ringan tulang dan bertanggungjawab.

“Malah suami juga paling banyak tolong Tasha maintain badan jadi cantik, jaga badan dan amalkan cara hidup sihat dan suami paling banyak bantu terutama sekali dalam bab jaga anak.

“Sebelum kawin lagi memang Tasha jaga penampilan sebab ini self love, sebab kalau kita tak rasa feel good, macam mana nak jaga orang lain.

“Kalau kita messy, tak feel good macam mana nak jaga anak dengan baik. Tapi semua ini takkan jadi tanpa sokongan suami.

“Suami kat luar sana kena banyak bantu isteri sebab tanpa suami memang isteri selalu akan rasa down. Insyallah semua ini akan buat kita rasa sama macam waktu kita sebelum berkahwin dulu,” kongsi Tasha berkongsi tip.

Tasha yang kini sarat hamil sudah pun memasuki trimester ketiga dan bersedia untuk menerima kehadiran cahaya mata keduanya tidak lama lagi.

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ayuh, belajar cara didik anak untuk menyimpan sejak mereka kecil.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber:PA&MA