DJ Lin Kesal Tind4kan Fizi Ali

Pengurus Besar Suria FM, DJ Lin mended4hkan stesen radio itu terpaksa menanggvng kerug1an lebih RM50,000 apabila bekas penyampainya, Fizi Ali mengambil keputusan untuk meninggalkan stesen radio itu pada saat-saat akhir.

DJ Lin berkata, Fizi sepatutnya memaklumkan perkara itu lebih awal supaya segala persiapan menuju program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell yang bakal diadakan di empat lokasi bermula 6 Ogos ini tidak berlaku pembaziran wang ringgit serta menyusahkan masa orang lain.

“Banyak perkara sudah kami rancang lebih awal dan sudah maklumkan kepada penyampai-penyampai Suria FM. Malah kami sudah berkampung dari awal pagi hingga lewat malam untuk penggambaran video jelajah ini.

“Di Suria FM kami menerapkan nilai kekeluargaan dan ia sangat penting. Jadi bila sebut mengenai kekeluargaan ia membabitkan kerja berpasukan dan saling hormat antara satu sama lain. Ahli keluarga tidak akan meny4kiti ahli keluarga yang lain.

“Jadi bila semua yang dirancang dah hampir siap dan hanya tinggal proses penyuntingan, tiba-tiba dimaklumkan salah seorang penyampai ambil keputusan untuk tinggalkan Suria FM atas tawaran yang lebih hebat, jadi saya pun nak kata apa lagi.

“Bagi saya, orang dah nak pergi dan sudah tiada hati, jangan tah4n. Cuma saya kesal apabila segala perancangan untuk tempuhi tinjauan kajian radio pada bulan September dan Oktober serta program jelajah serta material untuk platform digital untuk sokong kempen ini terpaksa dir0mbak dan dilakukan semula,” katanya ketika ditemui pada pelancaran program Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell di Shah Alam, Selangor, hari ini.

Menurut DJ Lin, stesen radio itu tiada mas4lah dalaman dengan Fizi, namun timbul rasa kecewa dengan tindakan yang dilakukan bekas penyampainya itu.

“Masalah dalaman memang tiada. Cuma saya rasa sedih dan kesal apabila segala perancangan tidak berjalan dengan baik dan ia menyusahkan kami. Saya rasa sangat bers4lah dan minta maaf kepada rakan penyampai dan pekerja saya.

“Ketika dia dapat tawaran di sana pihak kami ada minta dia untuk mempertimbangkan tawaran itu sehingga habis program jelajah Suria FM ini… Sal4h satunya kita sudah rancang dan membabitkan kos yang dikeluarkan.

“Namun dia maklumkan terpaksa menyertai stesen radio itu lebih awal walaupun dia tahu kontraknya akan diperbaharui selain bersetuju untuk terbabit dalam rangka promosi jejalah ini.

“Saya sedih sebab dalam keadaan kami sedang berusaha keras dan bertungkus-lumus, tiba-tiba jadi begini. Di mana nilai kekeluargaan itu?,” katanya.

Pada 26 Julai lalu, Fizi berkongsi mengenai spekvlasi bakal meninggalkan stesen itu di Instagram miliknya dan terbaharu menyertai stesen radio Hot FM bermula 2 Ogos ini.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: HM