Pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, 58, mengakui tidak mahu banyak berfikir apatah lagi mengenai tahap kesihatannya.
Menurutnya, dia hanya mahu hidup dengan tenang dan sentiasa positif memandangkan kesihatan jantung beliau kini tinggal 10 peratus sahaja.
“Saya sekarang, nak tenang-tenang saja. Keadaan peny4kit saya, dah memang begini dan tak mahu terlalu banyak fikir lagi. Saya nak terima semuanya dengan hati yang tenang dan positif.
“Sekarang, saya hanya nak cari ketenangan diri dalam menghadapi ujian peny4kit dan takdir Tuhan ini. Rawatan doktor pun dah saya lakukan, tapi Allah Maha Mengetahui. Dalam hidup ini, semua orang akhirnya akan m4ti juga,” katanya.
Pelakon yang popular menerusi sitkom komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu episod Kaki Pau itu memaklumkan dia terpaksa menangguhkan temujanji pemeriksaan jantungnya di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah pada Jun lalu akibat terlalu pen4t dan memerlukan pertolongan orang lain.
“Saya patut jumpa doktor pada hujung Jun lalu. Tapi, saya memang cepat pen4t dan kalau nak ke kereta pun, kena ada orang pap4h. Malah, untuk bergerak di hospital nanti, kena ada orang tolakkan kerusi roda serta mengvsung tong gas bagi bantuan pernafasan saya. Jadi, ia menyvsahkan orang lain saja.
“Sejak Ramadan lalu, saya makan pun sekali sehari, pada awal pagi. Untuk petang dan malam, saya memang dah tak boleh makan sebab tak ada selera. Setiap hari, selera makan saya hanya ada pada awal pagi.
“Saya juga kini semakin bersedia untuk sebarang kemungkinan yang akan berlaku. Dengan anak-anak pun, saya dah beritahu mereka berkenaan hala tuju yang harus dilakukan apabila saya sudah tiada nanti. InsyaAllah, mereka faham,” jelasnya.
Memetik laporan Harian Metro, Bob pernah mendapatkan rawatan selama tiga hari di Institut Jantvng Negara (IJN) namun keluar dari hospital tersebut dan balik ke Kelantan pada 24 April lalu akibat mas4lah kewangan.
Justeru itu, bagi orang ramai dan pihak yang mahu membantu Bob boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Maybank isteri, Relawati Daud di nombor 162348359386.
Sumber: Harian Metro
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook