“Saya Cintakan Awak Namun Saya Terpaksa Lepaskan Awak Pergi,” – Individu Ini Cuba Singkap Maksud Gambar ‘Sunset’ Mizz Nina

Pencer4ian pasangan selebriti, Noh Salleh dan Mizz Nina sememangnya mengejutkan ramai pihak termasuk peminat kedua-dua penyanyi ini.

Walaupun sudah berpisah, Noh dan Nina mengambil pendekatan akan terus kekal bersahabat baik memandangkan mereka turut mempunyai seorang anak angkat, Musa.

Noh dan Nina, kedua-duanya berkongsikan kenyataan rasmi mereka berhubung perpisahan itu di laman Instagram masing-masing sebaik mereka disahkan bercer4i pada Khamis.

Dalam perkongsian itu, Noh dan Nina memuat naik gambar mereka bertiga termasuk Musa berlatar belakangkan pemandangan matahari terbenam di sebuah pantai.

Menariknya, satu status Twitter netizen yang dikenali @wanwanwan_wan__ mendapat perhatian warga maya apabila dia menulis maksud di sebalik simbolik matahari terbenam dalam gambar tersebut mengikut ‘urban dictionary’ yang sering digunakan dalam kalangan warga net.

“Mizz Nina kongsi gambar matahari terbenam dalam Instagram dia.

“Matahari terbenam itu membawa maksud ‘saya cintakan awak, namun saya terpaksa lepaskan awak pergi’,” tulis netizen tersebut.

Kicauan (twit) lelaki tersebut pantas mendapat ulang kicau (retweet) ramai yang mana lebih 10,000 netizen telah berkongsikan perkara tersebut.

Nina mendirikan rumah tangga dengan vokalis kumpulan Hujan itu pada 1 Julai 2011. Selepas 11 tahun hidup bersama, mereka mengambil keputusan untuk bercer4i secara baik.

“Untuk Semua Kasih Sayang…”- Mizz Nina Hargai Tanda Sokongan & Doa Untuknya, Noh & Musa

Selepas mengesahkan percer4ianya kelmarin, selebriti Mizz Nina tampil dengan ucapan terima kasih buat semua yang telah memberikan tanda sokongan kepadanya.

Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman, 42, menunjukkan rasa terharunya kepada semuanya yang mendoakan serta menyalurkan kasih sayang buat diri, bekas suaminya Noh Salleh dan anak angkatnya Musa.

“Untuk semua kasih sayang, doa dan sokongan buat Noh, Musa dan saya (disertakan emoji bentuk hati),” kata Mizz Nina.

Penyanyi yang pernah popular dengan lagu What You Waiting For itu berkongsi rasanya itu di dalam satu hantar di Instagram (IG) Story miliknya.

Dalam pada itu, Nina turut berkongsi sep0tong doa untuk dirinya.

Dalam doa, dia yang juga aktivis kemanusiaan itu meminta agar dirinya menjadi lebih baik daripada sangkaan orang ramai serta diampuni atas segala yang tidak diketahui orang lain.

“Ya Allah, jadikanlah aku lebih baik dari apa yang mereka sangka tentangku. Ampunilah aku atas apa yang mereka tidak ketahui tentangku.

“Janganlah engkau memperhitungkan apa yang mereka katakan tentangku,” titipnya.

Kelmarin, kedua-duanya memuat naik hantaran yang sama di IG masing-masing bagi mengumumkan yang mereka sudah pun bercerai dengan cara baik.

Terdahulu, pergol4kan rumah tangga pasangan itu dikhabarkan menemui titik noktah selepas timbul dakwaan mereka sah bercer4i talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, kelmarin.

Sebelum ini, Noh menyangkal dakwaan perkahwinannya bersama Mizz Nina berdepan masalah ketika ditemui media pada 13 Julai lalu.

Sekadar info, pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2 Julai 2011.

Sekitar April lalu, Noh dan Mizz Nina memperkenalkan Musa sebagai anak angkat bagi menyerikan rumah tangga mereka.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : MH / GEMPAK