Umum sedia maklum tentang perkhabaran berita mengejvtkan mengenai perpisahan yang terjadi antara Mizz Nina dan bekas suaminya Noh Salleh baru-baru ini.
Pasangan selebriti ini berpisah secara baik dan mengumumkan hal tersebut menerusi akaun media sosial masing-masing. Mendapat perkhabaran berita tersebut, ramai rakan artis dan peminat menitipkan pesanan dan kata-kata semangat buat Mizz Nina dan Noh Salleh di media sosial.
Harap Dapat Rujuk Semula
Seperti selebriti yang lain, pelakon Azhar Sulaiman juga menitipkan ucapan dan doa menerusi hantaran Instagram dan berharap agar Mizz Nina dan Noh Salleh dapat rujuk kembali.
View this post on Instagram
“Setiap dari kita pasti akan diuji dengan pelbagai dugaan dalam hidup ini.. Sebagai rakan artis mereka, mami hanya ingin mendoakan agar mereka akan rujuk dan kembali bersatu.. Amin.” Coretnya
Melihat perkongsian Azhar itu, rata-rata warganet turut mengaminkan doa pelakon tersebut buat Mizz Nina dan Noh Salleh dengan harapan mereka dapat kembali bersatu semula.
“Aamin”
“Allahumma aamin”
“Amin ya rabbal alamin” titip warganet
Terdahulu, dilaporkan selebriti terkenal tanah air Mizz Nina dan Noh Salleh sah berp1sah setelah 11 tahun membina mahligai bersama.
Hasil perkongsian hidup Nina dan Noh tidak memiliki cahaya mata sendiri, namun mengambil seorang bayi lelaki sebagai anak angkat yang diberi nama Musa.
Apa-apa pun, kami mendoakan yang terbaik buat Mizz Nina dan Noh Salleh!
Tags: azhar sulaiman, mizz nina, Noh Salleh
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: murai.my