Dato Seri Vida Berdeb4r Jumpa Iqbal Di Set Penggambaran. Ini Soalan Pan4s Yang Sempat Ditanya

USAHAWAN sens4si, Datuk Seri Vida kekal bersikap profesional ketika digandingkan dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli semasa penggambaran sebuah filem, baru-baru ini.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata dia tidak mengetahui mengenai pembabitan Iqbal dalam filem komedi ser4m berjudul Gui itu kerana tidak dimaklumkan mengenai pelakon lain.

Kata Vida, produksi pada awalnya hanya memberitahu dia perlu melakonkan watak sebagai seorang pengetua sekolah.

Vida bersikap profesional berlakon dengan Iqbal dalam sebuah filem.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Saya dimaklumkan ada penggambaran tetapi siapa pelakon, skrip atau dialog tidak tahu… tiba-tiba bila sampai saja di set saya melihat Iqbal ada sekali.

“Mustahil saya nak gadvh, jadi saya profesional sahaja berdepan dengan dia,” katanya kepada mStar.

Vida berkongsi mengenai perkembangan karier seninya itu semasa ditemui di majlis pelancaran drama bersiri Demi di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada Isnin.

Dalam pada itu, Vida mengakui hilang kata-kata dan berdeb4r saat bertentang mata dengan Iqbal di set penggambaran filem berkenaan.

Namun, Vida berkata dia sempat mengvsik dan bertanyakan kepada Iqbal mengenai perancangan lelaki itu untuk mendirikan rumah tangga.

“Perasaan berdeb4r itu ada tetapi kami berdua saling tidak bercakap dan hanya buat hal masing-masing.

Vida sempat tanya Iqbal mengenai jodoh.

“Saya pun sempat tanya mengapa dia masih belum berkahwin, menunggu ke?” soalnya.

Sementara itu, Iqbal ketika dihubungi turut memberitahu dia tidak mengetahui bakal digandingkan dengan bekas majikannya itu.

Sekadar bertegur sapa, Iqbal berkata dia dan Vida kemudiannya menyelesaikan urusan masing-masing hinggalah penggambaran bermula.

Saya sudah melupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah

IQBAL ZULKEFLI

USAHAWAN

“Pertemuan ini merupakan yang pertama antara kami selepas saling tidak berhubung selama setahun. Kami memang betul-betul berg4duh.

“Dia juga tidak bercakap dengan saya dan hanya bermain dan merakam video anak angkat saya saja. Tiada langsung bercakap dengan saya,” jelasnya.

Menjawab persoalan Vida mengenai jodoh, Iqbal berkata bukan mudah untuknya mencari pasangan hidup meskipun mempunyai perancangan ke arah itu.

Iqbal mengaku sudah melupakan Vida.

“Bukan mudah nak cari pasangan yang betul-betul memahami. Saya tidak memilih tetapi kalau boleh wanita yang memudahkan.

“Tiada sebarang syarat asalkan wanita itu tidak terlalu banyak drama dan karenah. Pada saya itu semua sudah cukup.

“Saya sudah melupakan segalanya dan memilih untuk meneruskan hidup. Saya memang tidak terfikir langsung lagi dah,” ujarnya.

Iqbal bagaimanapun mempersoalkan dakwaan Vida kononnya tidak mengetahui kehadirannya di lokasi penggambaran kerana terdapat beberapa produk usahawan itu turut dipromosikan dalam filem berkenaan.

“Saya tertanya-tanya adakah betul Vida tidak tahu mengenai penggambaran ini kerana saya lihat produknya ada bersama,” katanya.

Filem yang bakal ditayangkan di saluran Astro First itu turut dibintangi oleh Fauziah Nawi, Raden Era, Elly Mazlein, Bell Ngasri dan Ezad Jasmin.

Sebelum itu, Vida turut memuat naik video babak penggambaran memperlihatkan dia bersama Iqbal menerusi laman Instagram.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Instagram Datoserivida, mstar