Sebelum ini, pelakon Maya Karin ada berkongsi hasrat untuk melakonkan watak legenda Mahsuri tetapi di bawah arahan pengarah terkenal Syamsul Yusof.
Terbaru, hasrat Maya atau nama sebenarnya Maya Karin Roelcke mendapat perhatian pengarah berusia 38 tahun itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
View this post on Instagram
Menerusi kapsyen, Syamsul seolah-olah mengakui cadangan bagi menterjemah watak ikonik berkenaan ke layar perak adalah idea yang baik sekali gus boleh direalisasikan pada masa akan datang.
“Idea yang bagus.. mari lakukannya,” tulis pengarah filem pec4h panggung Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu.
Bagaimanapun, dia belum berkongsi secara terperinci berhubung karya tersebut yang sudah tentu akan menjadi satu lagi filem hebat untuk ditonton khususnya rakyat Malaysia.
View this post on Instagram
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen menyambut baik perancangan Syamsul kerana semakin banyak naskah dongeng dan elemen sejarah negara yang dapat dibanggakan.
Malah, ramai bersetuju bahawa Maya merupakan individu sesuai untuk menjayakan watak Mahsuri berdasarkan personaliti dan pengalaman berlakon sebelum ini.
Menarik! Sesuai dengan Maya
Tak sabar nak tengok
Best! Makin terded4h bangsa dengan sejarah
Tolong realisasikannya
Mesti pec4h panggung lagi nanti
Difahamkan, kisah Mahsuri pernah beberapa kali difilemkan seperti pada tahun 1959 yang ditulis oleh Perdana Menteri pertama Allahy4rham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam versi hitam putih.
Sumber: Instagram Syamsul Yusof & Maya Karin
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber: OMM