Pasangan penyanyi popular, Ernie Zakri dan Syamel meluahkan rasa sedih apabila terpaksa meninggalkan anak sulung, Nur Khawla Soleha yang kini berusia lima bulan dalam penjagaan pengasuh demi kerja.
Ernie yang mula bekerja sebaik habis tempoh berpantang juga sukar menerima hakikat bahawa anaknya turut membesar di tangan orang lain.
Syamel dan Ernie bakal sibuk dengan persediaan pertama mereka.
“Saya apabila keluar bekerja lihat gambar anak pun boleh menangis. Rasanya semua wanita yang baru menjadi ibu akan mengalami perasaan serupa.
“Syamel pula cembvru lihat anak yang sedang menangis terus diam apabila dipujuk pengasuh. Tidak tenang hatinya untuk bekerja,” kata Ernie.
Sementara itu, meski sibuk dengan kerjaya, tegas Syamel, mereka tidak melepaskan seratus-peratus tanggungjawab menjaga anak kepada pengasuh.
Nur Khawla Soleha kini berusia lima bulan.
Sebaliknya sebagai ibu bapa, mereka cuba sebaik mungkin untuk meluangkan masa dengan Khawla kerana bimbang terlepas momen istimewa perkembangannya.
“Sibuk macam mana pun, saya akan pastikan kami berdua akan yang menidurkannya pada waktu malam. Selain itu, kami harus mengawal dan mengambil tahu semua perkembangannya setiap hari,” ujar Syamel.
Konsert Aku Cinta adalah hadiah buat para peminat Syamel dan Ernie.
Dalam pada itu, Ernie meluahkan rasa syukur apabila dipertemukan dengan pengasuh dari Indonesia yang baik dan boleh dipercayai untuk menjaga buah hati mereka.
Ernie dan Syamel mendirikan rumah tangga pada 22 Mac 2021 dan menimang cahaya mata pertama pada 22 Februari lalu.
Terdahulu, pasangan penyanyi terkenal itu mengumumkan bakal menganjurkan konsert pertama mereka iaitu Konsert Aku Cinta pada 23 Oktober ini di Zepp Kuala Lumpur.
Sumber: Boom
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook