Nur Nazirah Md Nasir bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga bijak dan berilmu. Meniti usia 25 tahun, adik bongsu kepada Anzalna Nasir ini mendapat perhatian peminat pelakon jelita tersebut kerana kepintaran yang dimiliki. Bahkan sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi kejayaan Nazirah di media sosial miliknya yang memaparkan keputusan cemerlang ‘4 flat’ Nazirah pada setiap semester.
Merupakan graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, pencapaian Nazirah dalam bidang akademik nyata bukan calang-calang. Selepas berjaya menamatkan pengajian tersebut, dia kemudian mendapat tawaran mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM).
Dalam usia muda dan dapat ‘fast track’ sambung PhD, bukan semua orang mampu lakukan macam Nazirah. Memang bijak orangnya! Barangkali personaliti ini terinspirasi dengan kejayaan dan ikut jejak langkah bapa tersayang yang menyambung pelajaran hingga mampu bergelar Profesor.
Bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak November lalu hingga 30 Oktober 2023.
Nazirah yang lahir pada 7 Julai 1997 di Montreal, Kanada, sah bergelar isteri kepada Umar Annuar pada Ogos 2020. Dia yang mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini terbuka berkongsi perkembangan terkini dan kisah kehidupan mereka lima beradik di samping didikan kedua-dua ibu bapa.
Mengakui segan ditemu bual Nona memandangkan dia bukan individu terkenal, namun demi untuk memberi inspirasi Nazirah akhirnya akur. “I’m currently pursuing a postgraduate degree at University Malaya. Rutin harian saya sama seperti kaum isteri lain yang perlu sediakan segala keperluan suami dan memasak sebelum pergi ke pejabat.
Kemudian, saya akan selesaikan semua kerja-kerja di rumah dan there are days when I’ll be at the Laboratory doing benchwork or at home finishing up some paperwork.”
Tambahnya sejak berstatus isteri, dia harus bijak menyesuaikan masa untuk pengajian dan suami. “Tak dinafikan saya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Saya akan pastikan ada masa untuk suami, keluarga, mentua, kawan dan juga diri sendiri. Begitu juga masa untuk ‘berada’ dekat dengan Allah SWT. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Bercerita soal kerjaya, saya mengimpikan untuk berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain sesuai dengan minat dan bidang pengajian yang saya ambil, saya juga mahu memberi sumbangan melalui apa yang sudah saya pelajari. Seterusnya membawa perubahan lebih baik kepada masyarakat.”
Ditanya ketegasan ibu bapa dalam mendidik mereka adik-beradik membuatkan Nazirah mampu berjaya sampai ke tahap sekarang, wanita cantik ini berkata dia bersyukur kerana ibu bapa tidak pernah beri tekann. Sebaliknya, sentiasa menyokong minat dan kemahuan anak-anak.
“Sejujurnya, cara didikan ibu bapa saya terhadap kami adik-beradik bukanlah tahap teg4s yang mel4mpau. Mereka mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah paksa untuk kuat belajar. Sebaliknya mereka memberi anak-anak ruang untuk memilih haluan yang kami mahu.
k3sannya, cara tersebut sangat membantu saya bukan saja dari segi pelajaran tetapi juga kehidupan. Mereka memahami saya dan adik-beradik yang lain. Tidak pernah sesekali membanding-bandingkan kami dengan orang lain dan saya amat bersyukur dikurniakan ibu bapa sebaik mereka.
Mereka juga selalu mengingatkan saya supaya buat perkara yang saya suka dengan sepenuh hati dan mendidik kami adik-beradik agar menghorm4ti serta berbuat baik kepada semua orang. Good manners are important.”
Mengulas usia perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun, Nazirah tanpa berselindung memberitahu dia bersyukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan cukup memahami. Menjawab keistimewaan suami di matanya, ini jawapan jujur Nazirah.
“Dia ialah suami dan lelaki terbaik di mata saya. Tak dinafikan, dia selalu manjakan saya dan sangat mengambil berat. Bukan saja terhadap diri saya tetapi juga keluarga. Sikap suami yang ringan tulang dan rajin bantu menguruskan kerja-kerja di rumah menyenangkan saya.
View this post on Instagram
Sepanjang hampir dua tahun hidup bersama, kami akan pastikan walau sesibuk mana pun kami tetap ada masa untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagi saya, solat membuatkan kita berasa tenang dan dapat fikir lebih rasional.
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber: Nona/ ig nazirah nasir