“mummy Selalu Pend4m Sendiri”… Ucapan Hari Jadi Menyentuh Hati, Anak Kenang Kepayahan Didie Alias Besarkan Mereka Adik-beradik

LUAHAN hati anak perempuan Didie Alias iaitu Diyana Redzuan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-49 aktres itu cukup menyentvh hati.

Diyana, 23, menerusi hantaran di Instagram menyifatkan Didie sebagai role model buat dirinya yang menjadikan siapa dirinya hari ini.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Didie Alias (@ladydidiemsia)

Malah Diana memberitahu Didie sentiasa mengajarnya agar menjadi seorang insan yang sentiasa bersyukur dan rasa kecukupan dalam kehidupan selain menghargai perkara dihadapan mata.

“Selamat hari lahir yang ke-49 tahun Mummy, terima kasih kerana menjadi ibu kepada Nana. Nana tahu Mummy sus4h nak luahkan apa yang tersimpan dalam hati Mummy sebab Mummy selalu pendam sendiri tetapi kita sama.

Didie 2

Diyana menyifatkan ibunya sebagai role model.

“Nana sentiasa doakan Mummy murah rezeki dan berjaya dalam apa sahaja yang Mummy lakukan dalam hidup Mummy.

“Terima kasih kerana sudi menjadi role model dalam hidup Nana, turun naik dalam kehidupan Mummy banyak memberi pengajaran dalam hidup Nana untuk sentiasa bersyukur dengan apa yang ada di depan mata, tidak pernah rasa tidak mencukupi dari segi kelengkapan harian Nana,” tulisnya di Instagram.

Dalam pada itu, Diyana turut meminta maaf kepada ibu tersayang sekiranya pernah melukai hati Didie selain berharap dapat menunaikan semua impiannya suatu hari nanti.

“Nana minta maaf andai pernah melukai hati Mummy atau pernah terdetik rasa tidak bersyukur dengan apa yang telah Mummy sediakan.

“Nana hanyalah anak bongsu perempuan Mummy yang cengeng. Semoga apa yang diimpikan oleh Mummy dapat ditunaikan oleh Nana suatu hari nanti.

Familiy

Keluarga besar Didie Alias.

“Happy birthday Mummy, my never ending love is for you and only you,” katanya.

Selain Diyana, Didie turut dikurniakan empat lagi cahaya mata hasil perkongsian hidup dengan aktor Redzuan Hashim iaitu Nurdania, 29, Mohd Danial, 28, Dinie, 26 dan Danie, 24.

Didie dan Redzuan berkahwin pada 1992 namun bercer4i selepas 10 tahun berkahwin.

Pelakon itu kemudiannya bertemu jodoh dengan Norisham Ismail pada 8 Mei 2009 dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Muhammad Dayyan yang kini berusia 8 tahun.

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon

Sumber : mstar