Ustaz Kazim Ded4h Ini Punca Sebenar Tutup Muka Guna Kain Ketika Ceramah ‘live’

Seperti yang kita tahu, pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Kazim Elias ketika ini sedang menempuh ujian dan dugaan apabila perlu menghadapi pelbagai peny4kit dipercayai datang daripada perbuatan s1hir beberapa individu terhadapnya.

Baru-baru ini Ustaz Kazim ada membuat sesi ceramah siaran langsung menerusi laman Facebooknya.

Dapat dilihat, Ustaz Kazim mengenakan topi serta menutup mukanya dan hanya menunjukkan bahagian matanya sahaja ketika menyampaikan ceramah.

Penampilan Ustaz Kazim ketika memberikan ceramah secara live di Facebook dengan wajah bertutup menggunakan kain dan memakai topi bercorak celoreng telah menarik perhatian ramai orang.

Walaupun berpenampilan seperti itu dan juga s4kit tetapi ia tidak memat4hkan semangat Ustaz Kazim untuk memberikan ceramah dan juga ilmu kepada masyarakat umum.

Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen berasa simpati dengan keadaan Ustaz Kazim ketika ini walaupun dikhabarkan kesihatan beliau makin membaik.

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang mendakwa bahawa Ustaz Kazim terpaksa menutup muka dengan kain disebabkan kulitnya sens1tif dengan cahaya. Malah, para netizen turut mendoakan agar Ustaz Kazim kembali sihat.

Tidak boleh terkena cahaya matahari

Ustaz Kazim kemudiannya menjelaskan bahawa dia perlu memakai topi dan menutup muka atas nasihat doktor yang merawatnya kerana beliau tidak boleh terkena cahaya matahari.

Mulai malam ini, saya berpakaian begini sebab dinasihatkan oleh doktor.

Wajah saya tidak boleh kena cahaya matahari.

Saya kena pakai macam-macam krim pada seluruh tubuh saya.

Ia untuk saya menjaga muka dan seluruh tubuh saya buat sementara waktu (berpakaian seperti ini), saya kena jaga betul-betul supaya wajah saya kembali pulih seperti dahulu.

Sebelum ini, Ustaz Kazim berkongsi secara terbuka mengenai der1ta peny4kit m1steri yang dialaminya sejak lebih lapan bulan lalu yang menyebabkan lvka di seluruh badan termasuk mukanya.

Semoga Ustaz Kazim terus tabah dan cekal menghadapi ujian ini.

Kredit: Tiktok miee_razak

 

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: ohmedia, thevocket