Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat tidak menafikan statusnya sebagai isteri dan ibu akan mempengaruhi setiap pemilihan naskah yang akan ditawarkan kepadanya selepas ini. Menurut Ayda, dia merasakan zamannya untuk melakonkan babak-babak mesra atau bersentuhan dengan pelakon lelaki sudah pun berakhir.
Katanya lagi, industri lakonan masa kini sebenarnya boleh bergerak ke satu tahap yang baru tanpa bergantung kepada babak mesra atau melampau.
“Secara jujurnya memang betul. Walaupun saya merupakan seorang pelakon, bila kita dah perlahan-lahan memegang tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu, rasanya saya sudah tak perlu lagi cerita-cerita cinta yang kena berpegangan tangan atau bertepuk tamp4r dengan hero”
“Bagi saya, zaman itu sudah berlalu. Saya juga punyai tanggungjawab untuk mendidik para peminat dan penonton yang kita ini ada banyak lagi karya-karya lain yang tidak memerlukan babak mesra atau romantis. Kita boleh buat semua itu”
“Kita ambil contoh filem atau drama Korea, mereka tak perlu pun babak-babak macam tu tapi karya mereka tetap mampu membuatkan kita tersenyum dan rasa jatuh cinta. Kita juga kena bergerak ke arah yang sama,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Parah itu berkata sedemikian ketika ditemui di sidang media program Awesome Raja Lawak baru-baru ini.
Isteri kepada pengacara, Nabil Mahir ini turut menambah, dia kini bukan sahaja harus menjaga nama baik diri sendiri tetapi juga suami dan seluruh ahli keluarga.
“Pada saya, berlakon ini bukan setakat nak kejar viral sahaja. Sebabkan nak popularkan karya, pelakon itu perlu bercinta atau pun adakan gimik. Bagi saya, gimik itu tidak saIah, tapi jangan melampau sampai viral”
“Zaman itu sudah berlalu. Saya dah berlakon lebih kurang 11 tahun. Cukup-cukuplah. Sekarang ini saya bukan hanya bawa nama Ayda Jebat sahaja. Saya bawa juga nama suami dan keluarga. MaIu la,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut memberitahu, sebagai seorang selebriti, dia harus menunjukkan contoh yang terbaik buat masyarakat.
“Kadang-kadang, bila kita tengok pelakon yang dah berkahwin, bila mereka buat aks1-aks1 yang tak sepatutnya atau melampau, saya jadi tertanya-tanya, macam mana pasangan kamu boleh terima?”
“Saya juga sifatkan perkara itu seperti ‘pender4an minda’ buat para peminat. Bila mereka tengok lakonan yang melampau, kita tak rasa bersaIah ke? Mereka anggap kita ini seperti idola tapi kita pula melakukan hal yang janggal”
“Kita kena anggap diri kita sebagai contoh teladan buat orang-orang di luar sana. Mungkin dulu saya tak bagus atau tak baik. Malah, orang luar boleh berkata kenapa dulu saya tak macam tu? “Jawapan saya, perkara seperti itu tidak akan berlaku lagi selepas ini. No more,” akhirinya.
Terdahulu, pada acara tersebut, Ayda telah diperkenalkan sebagai salah seorang juri bagi program Awesome Raja Lawak dan akan bergandingan bersama pelakon, Khir Rahman dan pelawak lagenda, Saiful Apek. Awesome Raja Lawak bakal bersiaran secara lansung di Studio FINAS, Hulu Kelang dan diturut disiarkan di Awesome TV pada setiap Rabu jam 9 malam mulai 7 September ini.
Sumber :mediahiburan/achikdia.com
Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Like Page Kami Juga Di Facebook @Soya Lemon
Sumber : http://www.mediakita.dnq.news/